Organ Limpa Rosak Teruk, Aksar Muda ‘Tewas’ Dibuli Senior Konon Nak Ajar Berdisiplin!

Isu ragging ataupun buli ini bukanlah satu perkara yang baharu bahkan di Malaysia juga kita pernah dikejutkan dengan pemergian seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Iospital phone repair gombak
Kisahnya yang menyayat hati dan sangat tragis membuatkan ramai menitiskan air mata dan mengharapkan pembelaan terhadapnya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang askar muda bernama Prada Indra ‘tewas’ ditangan seniornya mencetuskan kemarahan ramai.

Difahamkan, pihak keluarga mula hairan apabila mereka dimaklumkan tentang pemergian Prada hanya melalui applikasi Whatsapp sahaja.

Ketika ingin melihat Prada buat kali terakhir, keluarganya seakan dihalang dengan 1001 alasan termasuklah keranda yang sudah dikunci.

Setelah berkeras dan membuka mangga dengan tukul besi, alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan Allahyarham disaluti dengan cecair pengawet dan formalin.


Perkara tersebut sekali lagi membuatkan mereka curiga kerana luka dan lebam yang serius pada badan langsung tidak teli dengan asbab kematian yang dikatakan Allahyarham terkena serangan jantung kerana terlalu penat bersukan.

Hasil post-mortem mendapati organ limpa pemuda tersebut rosak teruk kerana dipukul oleh objek tumpul manakala hasil siasatan polis, mereka berjaya mengenalpasti individu hang terlibat dan telah menahan 4 orang senior.

Bukan itu sahaja, polis juga mendapati perbalahan bukan berpunca daripada salah faham namun seniornya itu ingin mengajar Allahyarham tentang disiplin dalam dunia ketenteraan.

Sekadar info, dikatakan bukan Prada seorang sahaja yang menjadi mangsa ragging namun terdapat lagi 6 orang yang turut sama dibuli.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan nasib mangsa dan berharap satu hari nanti Allahyarham akan mendapat pembelaan dari pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, netizen juga menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Antara komen warga maya:



Perkongsian yang tular: