“Lapar sangat ni” Gelagat Comel Bayi Mimpi Minum Susu Ketika Tidur Cuit Hati Netizen!

Tidak dinafikan, kehadiran cahaya mata akan menambah seri dalam sesebuah keluarga malah gelagat mereka juga sering membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.
Iospital phone repair gombak
Mudah kata, boleh bosan kalau mereka tiada di rumah malah hilang penat seharian bekerja melihat telatah mencuit hati mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi mimpi sedang minum susu ketika tidur telah mencuri tumpuan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @warmbaby5200, kelihatan seorang ibu sedang merakam bayinya yang sedang lena tidur di atas katil.

Namun apa yang lucu adalah, bayi tersebut tiba-tiba mengigau dan dia kelihatan mencari susu untuk minum sambil mulutnya ternganga.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mencuit hati bayi tersebut malah geram dengan kecomelannya ketika bermimpi sedang minum susu.

“Eyy geram, comelnya dia minta susu” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana anak mereka mengigau ketika sedang tidur.

Antara komen warga maya:

“The way he said ‘ah’ tho.. ”

“So cuteeee i’m melting helppp”


“Alahhh.. kenapa comel sangat..”

“Comel.. mengingau minum susu..”

“Geram nya mulut dia tu..”

“Tolong jangan buat aku rasa nak baby lagi… dikkk kenapa comel sangat..”

“Comel lah dia mimpi minum susu..”

“Weyhhhh comelll… sebab tu rasaa sayang je nak stop bf ni.. sebab baby bf ni nomeyyyy sangattt”

“Kesiannya mesti haus mau susu..”

“Sedap nya minum angin..”

“Bukan mimpi minum susu ni, mimpi disuap kfc ni… tu nganga kunyah semacam..”


Video yang tular di laman TikTok:

@warmbaby5200 The second day to start weaning mybaby,he wants to drink breast milk in his sleep#babiesoftiktok #baby #weaning ♬ original sound – Babysunshine889

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 7.5M tontonan, 824.3K tanda suka dan 12.4K komen di laman TikTok.

Comelll betul baby mengigauuu minum susu, geram nak gomoll pipi tuuu hehehe