“Tak perlu pakai ketat2,” Bersenam Pakai Dress Labuh, Aksi Aina Abdul Raih Pujian Ramai

Siapa tak kenal dengan pernyanyi terkenal tanah air iaitu Aina Abdul. Bagilah lagu apa sekalipun, pastinya dia mampu bawa lagu tersebut dengan baik sekali.

Baru-baru ini, namanya menjadi bualan ramai setelah berkongsi moment dimana sedang workout di sebuah gym selepas habis waktu bekerja.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah pelatun lagu Sepi itu tidak kekok mengenakan dress labuh dan tudung hitam bahkan dia juga kelihatan sangat fokus mengangkat dumbell dan juga besi angkat berat.

Dalam masa yang sama, pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani turut terserempak dengan penyanyi Syamel ketika berada di pusat gimnasium terbabit.

“Quick gym session after work.. session harini terserempak dengan Syamel” ujarnya di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji pakaian Aina Abdul yang kelihatan sangat sopan walaupun nak pergi workout.

“Pakai cmni boleh jaga mata lelaki sikit”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan Aina Abdul menjadi bukti bahawa tidak perlu memakai pakaian ketat untuk bersenam seperti mana yang sering dilakukan orang lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

” xperlu pakai baju ketat-ketat, baju jantung berlubang klau nak bersenam kan dek..”

“ee..ok je pakai muslimah ketika di gym? x perlu terdedah n ketat.. kita yg buat dia kn. .tq dik Aina cth terbaik.”

“Onz nya workout outfit diaaaa..Okay gi gym pakai abaya on”


“Tak kisah baju dress..janji boleh gym comel betul prngai aina”