Nyaris Digilis Tayar Bas, Suami Sempat Tarik Isteri Keluar

Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang nyaris maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas.

Difahamkan ketika kejadian, pasangan itu menaiki motorsikal dari Kg Kejai, dalam kira-kira pukul 8 pagi di persimpangan 3 Kg Selarong Labu Besar,Kulim sebelum kenderaan mereka bertembung dengan sebuah bas.

Nyaris kena lenyek dengan bas

Menerusi gambar yang dikongsikan, motorsikal yang dinaiki pasangan tersebut hancur dilenyek namun kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan diri.

Kejadian ini telah dikongsian oleh Info Roadblock JPJ/POLIS di laman Facebook telah mendapat perhatian ramai.

Motosikal terseret setelah melanggar dinding bas

Makluman awal kemalangan awal pagi tadi l/kurang jam 8 pagi berlaku di persimpangan 3 Kg Selarong Labu Besar,Kulim.

Kemalangan melibatkan sebuah bas dan motosikal yg dinaiki sepasang suami isteri (dari Kg Kejai).

Motosikal tersebut bertembung dan terseret dipersimpangan tersebut setelah melanggar dinding bas.

Si suami sempat menarik tangan isterinya dari digelek tayar bas

“Alhamdulillah, si suami sempat menarik isterinya daripada digelek tayar bas berkenaan. Tiada kecederaan serius dan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.”

Motosikal tersebut bertembung dan terseret dipersimpangan tersebut setelah melanggar dinding bas, si suami sempat menarik isterinya daripada digelek tayar bas berkenaan.

Pasangan suami isteri itu dimakluman tidak mengalami kecederaan serius dan kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Semoga semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memberikan kerjasama ketika berada di jalan raya.