Nyalakan Dapur Gas Guna Pemetik Api, Tangan Gadis Ini Teruk Melecur Buat Ramai Seriau

Bahaya ada di mana-mana. Termasuklah di dalam rumah sekali pun. Lagi-lagi ketika membuat kerja di dapur. Ya lah, di dapur ada macam-macam.

Iospital phone repair gombak

Bahan bakar, barangan dapur yang tajam seperti pisau dan banyak lagi. Jadi, sentiasalah berwaspada. Bak kata orang, beringat sebelum kena.

Persis kisah kemalangan yang dikongsikan oleh gadis bernama Nurfitri Dalila, 22, di TikTok apabila tangan kirinya melecur selepas disambar api.

Menurut gadis dari Ipoh, Perak ini, kejadian berpunca daripada kelalaiannya sendiri itu berlaku ketika dia ingin menghidupkan bengkel masakan milik keluarganya.

“Pada ketika itu saya sedang merebus nangka, tak perasan pula api yang tadi telah dihidupkan tiba-tiba mati.

“Selama ini memang saya akan gunakan pemetik api untuk menghidupkan dapur, tetapi ketika itu saya cuba berkali-kali tapi tidak berjaya.

“Tiba-tiba selepas itu api menyambar tangan kiri saya, mungkin sebab gas daripada dapur itu masih ada,” katanya.

Tambahnya, dia bekerja sepenuh masa membantu menjalankan bisnes keluarga iaitu Nida Katering yang telah beroperasi lebih 10 tahun.

Selain itu, dia juga menjelaskan bulu mata dan keningnya juga terbakar sedikit gara-gara menggunakan dapur yang berbeza kerana mahu memasak makanan dalam kuantiti yang banyak.

Susulan itu, api dapur sepatutnya dihidupkan dengan menggunakan kertas atau pun tisu, bukan dengan pemetik api kerana risiko disambar api lebih tinggi.

Jelas Dalila lagi, sebaik tangannya cedera, dia tidak menerima rawatan serta merta namun hanya merendam tangan dengan air berais.

“Pada awalnya, ingatkan luka biasa kerana api pun sambar dalam beberapa saat sahaja. Saya pun teruskan masak sehingga selesai.

“Menjelang waktu malam, baru menggigil kesakitan dan terus pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Saya rasa kecederaan jadi agak teruk kerana lambat ambil tindakan untuk merawat,” ceritanya berkenaan insiden yang berlaku pada Mac lalu.

Walaupun masih diselubungi trauma, Dalila bersyukur kecederaan yang dialaminya beransur pulih. Dia juga masih bersemangat untuk meneruskan kerjanya dalam bisnes katering keluarga.

“Sebelum ini saya tak yakin untuk keluar, tapi Alhamdulillah sekarang tinggal parut sahaja.

“Keluar rumah pun tutup-tutup tangan supaya orang tidak nampak. Tapi saya tak ada pun menerima komen negatif akibat kesan melecur tersebut,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet masing-masing menzahirkan rasa simpati terhadap gadis ini. Malah, selain mengucapkan semoga cepat sembuh, mereka turut memberi rekomendasi mengenai produk yang mampu menghilangkan kesat parut di tangan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“wajib pakai kertas atau tisu,kalau tak memang menyambar api lah kat tgn 😅”

“try pakai allano, mmg bagus untuk hilang parut”


“klu balut lbeh ngeri nk buka, amk mnyak zaitun sapu lgi ok,”

“Allahu, kesiannya akak😢”

“semoga cpt sembuh dik❤️”

Video yang tular di laman TikTok
https://vt.tiktok.com/ZS86rYeFK