“Kreatif betul” Cara Abang Parcel Sorok Barang Customer Undang Dekah Ramai!

Sebagai individu yang suka ‘online shopping’ sudah tentu tak sabar dan berasa teruja jika dapat notifikasi ‘parcel is out for delivery’.

Iospital phone repair gombak

Ada juga yang sentiasa tunggu update daripada courier sampai semua kerja tertangguh. Sampai kadang kala sanggup menunggu dan bersiap-siap untuk mengambil parcel tersebut.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis berkongsi gelagat abang parcel yang menghantar barangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amoiomei, gadis itu menerima notifikasi daripada pihak courier yang barangnya sudah sampai di rumah.

Namun oleh kerana dia tiada di rumah, wanita ini meminta abang parcel itu untuk menyorokkan barangnya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah abang parcel tersebut menyorokkan barangnya di sebalik kasut dan selipar di depan pintu rumah tersebut supaya ia tidak kelihatan.

Walaupun ianya masih kelihatan namun ‘effort’ abang parcel ini dipuji ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat abang parcel yang cuba sebaik mungkin untuk menyorokkan barangan gadis tersebut daripada hilang diambil orang.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji idea kreatif abang parcel itu malah berseloroh mengatakan dia sememangnya pekerja yang cemerlang.

Antara komen warga maya:

“hahahaha,sy yg hntr parcel tadi 🤣”

“dia punya sorok berdekah aku tgk.. tp ok la dia usahakan jugak sorok celah2 kasut tu 😂😂😂”


“hahahahaha. mmg betul2 tak nampak. pandai dia sorok 😂😂😂😂”

“Dia fhm assgmnt yg di beri😅”

“comel tempat dia menyorok😂😂😂😂”

“Hahhaah comel la dia sorok..mention nama dia sis..pekerja cemerlang ni😂”

Video yang tular di laman TikTok:

@amoiomei abang parcel terpaling cemerlang #kualalumpur #parcel #entahsiapayangsalah #fypシ #jnt #bestexpress #shoppee ♬ Oh no Oh no no no No – Okasansan08