“Nombor plat tanggal, tayar botak, tiada tempat pemijak kaki pembonceng” Mat Saleh Terperanjat Dapat Motor Sewa ‘Daif’ di Langkawi

Pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi selalunya akan memilih untuk menyewa kenderaan di sana berbanding dengan membawa kenderaan sendiri.

Iospital phone repair gombak

Memandangkan kaedah ini adalah lebih mudah berbanding membawa kenderaan menaiki Kapal Ro-Ro untuk sampai ke pulau. Lagi-lagi pelancong dari luar negara.

Sebab itulah kita selalu nampak setiap kali ke pusat peranginan, ada saja mat saleh meronda kawasan menaiki skuter mahupun motosikal.

Baru-baru ini, Facebook Langkawi kini memuat naik satu hantaran beserta dua keping gambar yang mendakwa sepasang mat saleh dianayai ketika menyewa motor.

Motosikal yang mereka sewa berada dalam keadaan daif di mana nombor plat tidak lengkap, tayar ‘botak’, tempat duduk terkoyak dan tiada pemijak kaki untuk pembonceng belakang.

Entri berkenaan telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook setelah melihat rupa motosikal yang pasangan mat saleh itu dapat.

Ramai berpendapat sekiranya keadaan motosikal sudah dalam keadaan ‘uzur’, lebih baiknya usah disewakan kepada pelanggan.

Pun begitu, sesetengah wargamaya membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan mungkin situasi itu terjadi kerana mereka mencari motosikal sewa yang sangat murah.

Diharap selepas ini pelancong janganlah terlalu ingin jimat sehingga membebankan diri, manakala penyewa pula elakkan sewa motosikal yang sudah lama untuk dinaiki sehingga membahayakan pelanggan.

Ketika meneropong ke ruangan komen, tak kurang individu yang menyalahkan pelancong kulit putih.

Lagi-lagi mereka yang melancong secara backpacking, sebab itulah mereka mendapat motosikal dalam keadaan yang teruk sedemikian.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di Facebook

“Kadang depa ni kedekut min. Nak hat plg murah. Mmg mendapatlah 😅

“Die 2 je…samada mat salleh kedekut atau owner moto tgh sengkek asal jadi duit sudah 🤣🤣🤣


“Bkn naya, mat saleh backpackers ni kadang nk nk cari ap2 hat plg murah. Kalau boleh x mau keluaq duit lgsg. Ad ja moto elok2 orang nk bg sewa”

“Motor pun dah macam hidup segan mati tak mau.no plate tu elok N tukaq jadi Y baru jadi KU.naya mat saleh balik cita kt kawan dia moto malaysia keluaran sendiri”

Hantaran yang tular di laman Facebook