Niat Nak Pergi Toilet, Budak Lelaki Ini Terus Solat Bila Dengar Azan Buat Ramai Kagum

Dalam fasa membesar, sudah pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka tidak kiralah dari segi pelajaran duniawi ataupun ukhrawi agar menjadi insan yang berjaya kedua-duanya.

Seperti yang kita tahu, tingkah laku anak-anak juga bermula daripada didikan di rumah. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak kecil meminta izin ibunya solat di masjid telah mencuri tumpuan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kihalias, dapat kita lihat seorang ibu telah merakam gelagat anaknya daripada dalam kereta.

Pada awalnya, budak lelaki tersebut ingin pergi ke tandas masjid namun apabila dia mendengar azan, dia dilihat bergegas meminta izin ibunya untuk solat sebentar.


Apa yang membuat lebih ramai kagum adalah walaupun umurnya masih kecil, dirinya tidak takut untuk pergi solat berseorangan tanpa berteman.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat didikan daripada ibu bapa sehinggakan budak lelaki ini mempunyai sikap yang sangat baik.

“Terbaik sungguh la, anak yang baik cermin dari ibu bapanya juga” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar anak kepada wanita ini menjadi anak yang soleh dan teguh pada ajaran agama.

Antara komen warga maya:

“Terbaik semoga kekal selamanya”

“Semoga istiqamah dek, uncle doakan adik ke syurga dan menjadi asbab mak dan ayah adek pun ke syurga”


“Semoga menjadi anak yang soleh”


Video yang tular di laman TikTok:

@kihalias Doa Agar Anak Rajin Solat رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ. Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40) #AdamNuhHud #parenting #anaksoleh #fyp #fypシ ♬ Adzan Merdu – Taqy Malik & Various Artists