Niat Nak Cari Nasi Briyani, Alif Satar Dapat Saksikan Momen Bersejarah Di London

Baru-baru ini, berita kemangkatan kerabat tertinggi di Raja United Kingdom Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland telah mendapat perhatian ramai malah seluruh dunia turut berduka dan mengucapkan takziah.

Pun begitu, ramai juga tertarik dengan kisah percutian Alif Satar dan isterinya Sha Dila Halid serta ketiga-tiga anaknya Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali yang bercuti ke Kota London.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar ini mengatakan perjalannya ke Edinburgh untuk mencari makanan tengahari di bandar telah ditemukan dengan acara perarakan kereta yang membawa kenderaan Ratu Elizabeth II.

“Semalam (Ahad), kami tinggalkan hotel di The Gleneagles untuk Edinburgh. Sampai saja di Edinburgh, kami pun tingal kereta dan berjalan di bandar untuk cari lunch…Sekali, tengah kami duk berjalan cari briyani (dah seminggu lebih tak makan nasi), tengok-tengok jalan semua tutup, nak lintas seberang jalan pun tak boleh sebab orang dah ramai…”

“Rupa-rupanya ada perarakan kereta yang membawa keranda Ratu Elizabeth II.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Siapa sangka, perjalanan mereka sekeluarga yang mencari nasi briyani telah bertukar menjadi sebuah pengalaman yang dapat melihat momen bersejarah dengan mata sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Alif Satar, isteri dan anak-anaknya beruntung kerana dapat menyaksikan dan merasai sendiri acara perarakan keranda Ratu Elizabeth II yang juga merupakan satu sejarah.

Antara komen warganet:

“Such a memorable event and luck you and kids could participate to witness with your own eyes..”


“Witnessing the history bro..”

“You’re so lucky. It’s a lifetime experience for the kids..”

“The kids are having the opportunity to witness the lifetime experience..”

“Sempat juga captured the moment for the memory kan..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Sekadar info, keranda Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Windsor, untuk disemadikan bersebelahan dengan suaminya, Putera Philip, yang meninggal dunia pada tahun 2021 di usia 99 tahun.