“Abang sokong awak ok..” Dapat Jumpa Idola, Mata Ryan Bakery ‘Berkaca’ Terharu Peluk Johan Raja Lawak

Setiap individu semestinya mempunyai seorang idola yang sangat diminati dan dikagumi. Tidak kiralah penyanyi, ahli politik, bintang filem atau sebagainya. Malah mereka juga sememangnya menjadi sebuah inspirasi dalam kehidupan seseorang.

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang pempengaruh TikTok yang terkenal Ryan Bakery. Pasti ramai yang mengenali jejaka ini dengan konten videonya yang mengingatkan tentang kenangan zaman-zaman sewaktu kecil dahulu. Selain itu, dia pernah muncul di dalam rancangan Sepahtu Lawak Reunion Live 2022 dan telah mencuri perhatian ramai. Bukan sahaja warganet, namun selebriti-selebriti tanah air turut mengenalinya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, memaparkan pertemuannya bersama pelawak terkenal Johan Raja Lawak di tayangan perdana filem Ada Hantu 2 arahan Hairul Azreen. Menurut Ryan, dia menyifatkan pelawak itu sebagai idolanya untuk menjadi penghibur.

Di dalam video tersebut juga kelihatan Ryan dan Johan sedang bersalaman sebelum berpelukan. Dalam pada masa yang sama, mata Ryan yang ‘berkaca’ itu seperti menahan sebak dan terharu kerana dapat bertemu dengan pelawak yang sememangnya dikagumi ramai orang.

“Saya nak abang johan tahu yang abang juga salah seorang idola saya ! Yang menjadi inspirasi sebagai seorang penghibur ! Terharu sebab abang johan kenal saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Johan Raja Lawak juga turut menitipkan pesanan agar Ryan Bakery terus menghiburkan orang ramai dan mempedulikan kecaman serta menjadi diri sendiri.

“Allahuakbar… segala puji bg allah tuhan sekalian alam… yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan… mcm abg pesan semalm, teruskan ape yg awak tgh buat utk mengiburkan org ramai… jgn pedulikan kecaman org.. kita x bleh puaskan hati semua org.. yg penting jadi diri sendiri dan truskan usaha utk menghiburkan kami semua ya.. good luck dik! Abg sokong awak ok” balasnya di ruangan komen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat pertemuan Ryan Bakery dan Johan Raja Lawak kerana ada yang menganggap kedua-dua ini seperti ‘long lost brother’ yang suka membuatkan orang ramai ketawa.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut memberikan kata-kata semangat buat Ryan agar terus berjaya pada masa akan datang.

Antara komen warganet:

“Gila Johan tak kenal kau dik, video throwback kau pun menggamit kenangan zaman aku kecik-kecik dahulu..”
“Takpe..awak pun ada bakat tersendiri..heading to success like him..Insha’Allah..”

“Kau boleh pergi jauh tu @ryanfahmibakery..keep it up..”

“Abang johan dan ryan macam long lost brother. Suka dua-dua sangat-sangat sebab suka happy kan ramai orang. Banyak pahala..”

“Alhamdullilah rezeki anda mencurah-curah…moga sentiaa dilindungi dan dirahmati..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)