“Ni bukan mamak tau” Wanita Dapat Pesanan Daripada Rider Sebab Order Makanan Daripada Kedai India Raih Pelbagai Pandangan Dari Netizen

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.

Pelbagai cerita yang kita sering dengar di media sosial mengenai penghantar makanan dan telath pelanggan yang tentunya mempunyai pelbaga ragam.

Bila sebut tentang makanan, sudah pasti negara kita mempunyai pelbagai variasi makanan ekoran masyarakat yang berbilang kaum malah ianya juga menjadi simboli perpaduan di negara kita namun tidak dinafikan untuk umat islam ada batasannya kerana faktor agama, tetapi banyak sahaja yang halal dan boleh dimakan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsikan satu pengalaman dimana makanan yang dipesan menjadi bahan pertikaian ‘rider’ kerana memesan makanan daripada bangsa lain.

“Sebagai pelanggan dan rakyat Malaysia, saya rasa tak ada salah pun makan dekat mana-mana kedai bangsa lain asalkan halal.”

Difahamkan, wanita ini memesan thosai dan idly daripada restoran dari kedai makan makanan India di Sungai Buloh secara penghantaran.


Namun tidak disangka-sangka dia menerima satu pesanan daripada rider yang menanyakan sama ada wanita ini islam atau pun tidak dan memaklumkan bahawa restoren tersebut adalah restoren india dan bukanlah mamak.

“Ada ke peraturan yang Melayu tak boleh makan kedai India? Penghantar makanan tu hanya patut buat kerja dia dan jalankan tugas je, bukan nak jatuh hukum.” ujarnya lagi

Wanita ini juga berharap agar mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk jaga adab dan tatatertib dengan pelanggan dalam menjalankan tugas.

Dalam masa yang sama, Walaupun dia percaya rider tersebut membuat kenyataan dengan niat yang baik namun pada dasarnya ianya masih salah kerana dia menilai pesanan pelanggan berdasarkan bangsa dan makanan yang mereka pesan dan sepatutnya sikap skeptikal dengan golongan lain ini tidak wujud di kalangan masyarakat.