“Next level ni” Geng Tabligh Selamba Jalan Kaki Di Laluan Drive Thru Buat Netizen Terhibur

Perkhidmatan yang cepat adalah faktor yang paling utama yang membuatkan ramai yang mengunjungi restoran ‘fast food’. Terdapat pelbagai jenis restoran makanan segera diusahakan diMalaysia seperti Mc Donald’s, KFC, Dominos Pizza, Pizza Hut dan banyak lagi.

Secukup rasa, mudah didapati, 24 jam dijual dan harganya berpatutan itulah diantara punca ramai orang kini memilih untuk makan makanan segera berbanding makanan biasa.

Malah, ianya makin memudahkan pelanggan apabila wujudnya sistem drive-thru yang membolehkan kita untuk berada di dalam kenderaan dan membuat pesanan tanpa perlu masuk ke dalam premis bahkan ini juga boleh mengelakkan daripada beratur panjang apabila terdapat ramai pelanggan.

Selalu kita lihat laluan pandu lalu akan dipenuhi dengan kereta yang beratur ingin membuat pesanan di mesin pesanan tapi lain pula dengan kisah yang tuar baru-baru ni dimana tiga orang pemuda yang dikatakan ‘geng tabligh’ telah membuat kelainan di laluan pandu lalu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @danidanial2302, kelihatan beberapa buah kereta sedang beratur menunggu giliran untuk membuat pesanan dan mengambil pesanan.

Namun, disebalik kereta tersebut, terdapat tiga orang lelaki ingin membuat bayaran dan apa yang lebih melucukan adalah mereka bertiga ‘selamba’ berjalan kaki sahaja di laluan pandu lalu tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@danidanial2302🚶🏻🚶🏻🚶🏻♬ original sound – Hilman Hamzah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 800.9K tontonan, 93.4K tanda suka, 2640 komen dan 2449 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat tiga orang lelaki ini yang tidak hairan dengan mulut orang bahkan salute dengan keyakinan diri yang mereka ada.

Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat berseloroh mengatakan orang yang beriman sahaja yang dpat melihat kereta yang dipandu mereka.

Antara komen warga maya:

“hanya yang beriman je boleh nampak kereta dia”

“the real tabligh.. orang2 hebat”

“bukan apa la kan, drive thru dapat lagi cepat dari walk in counter”


“my dad pernah buat macam ni sebab walkin kat dalam ramai sangat orang”

“hidup duniawi kan simple”

“aku yang drive thru naik moto pun tahan malu yang ni next level ni”