Netizen Berang Tengok 5 Kereta Sekaligus Potong Barisan Gara2 Enggan Tunggu Lama

Ketika berada di atas jalan raya, pasti ada saja yang akan menguji kesabaran kita. Sering juga disebabkan kecuaian orang lain, kita pula yang terpaksa ‘melekat’ dalam kesesakan.

Iospital phone repair gombak

Yang paling geram bila ada sesetengah pemandu tu selamba saja memotong barisan macam dia saja yang nak cepat. Seperti yang kita tahu, memotong barisan adalah satu kesalahan lalu lintas dimana pelaku boleh didenda sebanyak RM300.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, @abgoren7272 telah memuat naik satu video di mana terdapat lima buah kereta meletakkan kenderaan di tepi jalan sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Namun, apa yang menimbulkan kesal kepada lelaki ini adalah kesemua pemandu kereta berkenaan memotong barisan sebaik sahaja lampu isyrat bertukar.

Menurut pemilik video itu, perbuatan tersebut sudah menjadi satu trend di kalangan pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri dan tidak penyabar. Selain itu, tindakan mereka turut menjadi punca pemandu lain yang beratur terpaksa menunggu lebih lama.

Sesetengah netizen juga menyuarakan isu sama yang terpaksa mereka hadapi ketika berada di atas jalan raya. Kata mereka, jika mereka  ternampak ternampak pemandu seperti itu, mereka akan segera merapatkan kenderaan dengan kenderaan di hadapan sehingga tiada ruang untuk pemandu yang ingin memotong masuk ke dalam barisan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi geleng kepala setelah melihat kerenah pemandu-pemandu yang ada di situ. Manakala bagi yang sering menggunakan jalan tersebut, memang sudah begitu masak dengan situasi berkenaan.

Dalam pada itu, netizen turut berharap agar tindakan tegas dapat diambil oleh pihak polis terhadap pelaku kesalahan undang-undang jalan raya agar masalah ini tidak dijadikan kebiasaan oleh pemandu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“sebiji xpe,ini 5 biji sekali memang masuk rekod dunia”

“kat ipoh dah lama dorg buat keje mcm ni”


“lain pulak style”

“Kita yg beratur kt blakang x grak2 sbabkan dia”

Video yang tular di laman TikTok

@abgoren7272 Replying to @nisa_khalil ♬ original sound – ✈️ – 85