Hilang Ingatan, Isteri Terpaksa Tunjuk Kad Nikah Selepas Suami Koma 24 Hari

Lumrah pasangan orang yang sudah berkahwin, pasti ada kenangan indah dan kenangan pahit yang pernah dilalui bersama sepanjang tempoh berumah tangga.

Iospital phone repair gombak

Tapi, boleh bayangkan tak kalau suatu hari nanti segala memori yang pernah kita cipta bersama pasangan tiba-tiba lenyap begitu saja dari ingatan?

Begitulah situasi yang sedang ditempuh oleh seorang isteri bernama Puan Zainab Zainun apabila suaminya tercinta, Encik Zul mengalami masalah kesihatan sehingga memberi kesan terhadap ingatannya.

Menurut Puan Zainab, suaminya tidak ingat akan banyak perkara termasuklah status perkahwinan mereka berdua. Puan Zainab turut menunjukkan kad nikah mereka kepada Encik Zul agar suaminya itu percaya dia tidak bujang.

Jelas Puan Zainab, suaminya itu pernah koma selama 24 hari selepas jantung terhenti dan hilang ingatan sejak Mei tahun ini. Bagaimanapun, Puan Zainab tetap tabah dan sabar dengan ujian yang diberikan walaupun perlu menjelaskan perkara sama setiap hari.

Selain lupa tentang perkahwinan, Encik Zul turut dikatakan lupa tentang pemergian anak mereka, Adib. Setiap kali bercakap tentang anak, Encik Zul akan menitiskan air mata dan cuba menghadam penjelasan isterinya.

Selain itu, pandangannya sentiasa nampak kosong kerana berusaha mengingati segala memori lama walaupun sebenarnya sebelum Encik Zul sakit, dia seorang yang periang terutama sekali apabila meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Video yang tular di laman TikTok

@zainabzainunfamily Seribu tahun pun saya akan menanti .. #zulhayanifamily #cepatsihatencikzul #ohmyenciksuami #loveyoumore #myhappypill ♬ original sound – SURIA

@zainabzainunfamily Good Morning everyone #zulhayanifamily #cepatsihatencikzul #ohmyenciksuami #loveyoumore #myhappypill ♬ original sound – ѕ α נ ι ∂ κ н α и

@zainabzainunfamily Throwback September 2022 Video. #zulhayanifamily #ohmyenciksuami #cepatsihatencikzul #loveyoumore ♬ Namun Ku Punya Hati – Saleem

@zainabzainunfamily Saya tahu abang sayangkan anak anak dulu, kini dan selamanya .. #zulhayanifamily #ohmyenciksuami #cepatsihatenzul #loveyoumore ♬ Arjuna Beta 2015 – Fynn Jamal

@zainabzainunfamily September 2022 Video Semoga Allah kembalikan ingatan abang dan berikan kesabaran, ketabahan, kecekalan , kesihatan yang baik dan umur yang panjang padaku untuk berbakti padanya .. aamin #zulhayanifamily #ohmyenciksuami #cepatsihatenzul #loveyoumore ♬ original sound – Zainab Zainun

@zainabzainunfamily♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

@zainabzainunfamily Recorded 13 January 2019 Return To Allah 30 Jqnuqry 2019 Forever my bujang kecik .. Al Fatihah .. #zulhayanifamily #adibafdhaldalamkenangan #cepatsihatencikzul #loveyoumore ♬ Ayah – Seventeen

@zainabzainunfamily Saya yakin dan percaya abang akan kembali seperti sediakala .. selamat malam dunia .. #zulhayanifamily #ohmyenciksuami #cepatsihatenzul #loveyoumore ♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian