“Nasib tak kantoi” Lelaki Diganggu Rakan Ketika Kawad Kaki, Reaksi Terkejutnya buat Ramai Terhibur

Sejak sekolah lagi, setiap badan persatuan dan organisasi ketenteraan menjalankan aktiviti kawad bagi meningkatkan disiplin ahlinya malah latihan kawad juga mampu membuat seseorang itu lebih fokus terhadap sesuatu.
Iospital phone repair gombak
Malah, kawad masih digunapakai untuk latihan badan unit beruniform di Malaysia.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang diganggu oleh rakan-rakannya ketika menjalankan sesi kawad telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nairobiii3, dapat kita lihat dia sedang berjalan beramai-ramai ke tengah lapangan untuk persediaan kawad kaki.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah rakannya yang berada di kerumunan orang selamba memanggil namanya.


Dia yang terkejut di panggil memandang ke arah rakannya tanpa menyedari dirinya telah terkeluar daripada barisan kawad.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa apabila melihat reaksi lelaki itu apabila dipanggil oleh rakannya.

“Apo la kacau member.. tak pasal2 member tertinggan train”-Netizen

Bagaimanapun, netizen juga berbangga dengan pencapaian lelaki itu kerana berjaya menamatkan latihan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Antara komen warga maya:

“Korang saja je kan.. hahaha”

“Woiii… hahaha sempat lagi tengok tu”


“Dalam hati dia ah mampus aku lepasni, kenapa lah aku pandang”

Video yang tular di laman TikTok:

@nairobiii3Sempat lagi tengok eh hahaha

♬ original sound – Nairobi

@nairobiii3Im so proud of you ma bro🥺❤️

♬ original sound – audios

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 247.2K tontonan, 13.9K tanda suka, 35 komen, 423 simpanan dan 31 perkongsian di applikasi TikTok.

Adoiii selamba je dia pandangg.. nasib baik pandai cover, kalau kantoi tu sia-sia je hahahahaha