“Memang sempoi” Gelagat Sebalik Tabir Pembaca Berita Bersiap Dengan Selipar Buat Ramai Terhibur!

Seperti yang kita tahu, Buletin Utama adalah satu rancangan TV dimana menyampaikan berita di dalam dan luar negara dan ianya bersiaran pada pukul 8 sehingga 9 malam setiap hari.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, Setiap kali melihat pembaca berita, pasti kita akan tertarik dengan penampilan mereka yang kemas dan kelihatan profesional ketika bekerja.

Manakan tidak, lihat sahaja dengan kemeja dan blazer yang disarung, tentunya membuatkan kita terpegun dengan pakaian formal itu.

Bagaimanapun, rupanya di sebalik penampilan pembaca berita yang ditonton di televisyen ada sesuatu yang tak dijangka!

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @lailarohani0, Rupa-rupanya ada pembaca berita hanya berselipar sahaja sebelum bertugas di studio membaca berita.

Jika dilihat dari atas, dia kelihatan sangat cantik dengan makeup yang on point, rambut yang kemas, blazer dan juga skirt namun bila perakam alihkan kamera ke bawah rupa-rupanya hanya memakai selipar semata-mata!


Menerusi sebuah lagi video lain, dapat juga kita lihat ‘trick’ yang digunakan oleh mereka agar baju kelihatan rapi dimana mereka menggunakan pelekat untuk menampalkan lebihan baju ke belakang. Dengancara ini, baju akan kelihatan terletak pada badan.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat pembaca berita itu malah ramai yang tidak menyangka akan perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh menyakan bagaimana jika tiba-tiba cameraman terfokus pada bahagian kaki? Sudah tentu ianya menjadi momen yang memalukan.

Antara komen warga maya:

“Santai janji ucapan sampai”

“Kalau tiba2 kamera terfokus kat kaki macam mana”


“Putih rupanya..Dalam berita macam tanned skin. Btw cantik”

“Hahaha sempoi mantap selipar mahal tu mantap sis. Di sebalik tabir..”

Video yang tular di laman TikTok:

@lailarohani0 Replying to @nubiskubis ♬ SWIPE – ALYPH

@lailarohani0 Buletin sukan 🧚🏻‍♀️🧚🏻‍♀️#behindthescenes 🧚🏻‍♀️#makeupartistmalaysia🇲🇾 ♬ bunyi asal – Nyap tahuk