“Nasib baik tak jatuh” Wanita ‘Dibelasah’ Suami Atas Motor Buat Netizen Berang!

Tidak kira lah sama ada membawa motor mahupun kereta bahkan apa jua kenderaan lain, kita mestilah fokus akan pemanduan bagi menjaminkan keselamatan diri dan orang lain.

Menggunakan telefon ketika membawa motor pun boleh hilang fokus sehingga menyebabkan kemalangan yang teruk, apatah lagi jika bergauh bukan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang wanita dikasari oleh seroang lelaki ketika membonceng motorsikal mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @TravelJimat, kelihatan seorang penunggang motosikal yang membawa dua orang pembonceng dipercayai ister dan anaknya di sebuah jalan raya yang tidak diketahui lokasinya.

Namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah lelaki tersebut dilihat bertindak ganas dengan ‘menyiku’ wanita di belakangnya sebanyak dua kali.

“2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi. Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni.” ujar pengguna Twitter ini.

Video yang tular di laman Twitter:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 242.4K tontonan, 7578 ulang kicau dan 6951 tanda suka di applikasi Twitter.

Meninjau pendapat warga maya, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang memukul wanita tersebut menggunakan siku malah dia juga melakukan perkara tersebut dikhalayak ramai.

Antara reaksi warga maya: