“Nasib baik saya tak latah” Gelagat Waiter Terkejut Terserempak Dengan TokTi Buat Ramai Terhibur

Siapa tidak kenal dengan penyanyi tersohor iaitu Dato Siti Nurhaliza. Bukan sahaja menjadi artis kesayangan rakyat Malaysia bahkan beliau sangat disenangi dikalangan VVIP dan juga kalangan kerabat serta raja di Malaysia. Sememangnya peminat beliau tidak mengira usia.

Seperti yang kita tahu, beliau telah melangsungkan showcase amal Queen Of The Night pada malam Sabtu yang membawa tema Wanita dan Inpirasi.

Namun, baru-baru ini Dato Siti Nurhaliza telah berkongsi satu video yang berdurasi 16 saat yang memaparkan momen sebelum beliau memulakan persembahan di laman Instagram ini  mendapat perhatian netizen.

Dato Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi ini memuat naik video yang menunjukkan seorang pekerja di hotel tersebut yang sedang membawa dulang yang dipenuhi dengan pinggan, tanpa menyedari kehadiran masing masing, mereka akhirnya sama-sama terkejut dan menyebabkan TokTi mengelak sambil tersenyum sebelum masuk ke dewan.

TokTi juga mencuri tumpuan netizen yang turut menulis kapsyen bersoloroh dengan momen tersebut.

“Moment sebelum masuk dewan .. hehehe.. Tanjat hadek.. saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya tapi Alhamdullillah, takde apa2 berlaku.. pinggan tak pecah & saya perform macam biasa .. heheheh..(nasib baik saya tak latah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!!)” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah mereka dalam video tersebut malah ada juga yang beranggapan mungkin pelayan itu terkejut melihat TokTi secara bersemuka.

Tidak cukup dengan itu, ad juga warga maya yang memuji TokTi yang tidak melatah dengan situasi tersebut.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Saya pulak yang terkejut takut pinggan jatuh..”


“Mesti sampai sekarang dia terbayang-bayang muka Siti Nurhaliza dihantui rasa serba salah”.

“Sekali dengar kita yang tengok ni pon tanjat..dia tak sangka tu dapat jumpa depan depan..”

“Nak tahu juga perasaan hadek yang bawak pinggan tu..”

Sekadar info, showcase Queen Of The Night ini juga merupakan persembahan pertama Siti dalam fasa peralihan endemik. Dato Siti Nurhaliza juga bakal melakukan persembahan di showcase amal yang kedua iaitu Music Of The Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza di dewan Plenary, KLCC pada bulan November bersama tetamu khas Dato’Awie.

Video yang tular di laman Instagtam:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)