Nasib Baik Jiran Bagitahu, Hampir 2 Tahun Dikurung Suami Dalam Tandas

Seorang suami tergamak mengurung isterinya lebih setahun dalam sebuah tandas yang sempit dan kotor.

Difahamkan, penderitaan wanita yang berusia 35 tahun itu berakhir selepas dia diselamatkan polis dan pekerja kebajikan pada 12 Oktober lalu.

18 bulan dikurung suami di dalam tandas 

Kejadian itu diketahui jirannya sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita untuk menyelamatkan wanita malang itu.

Lapor media tempatan India, wanita itu sudah 18 bulan dikurung suaminya dengan pintu tandas akan sentiasa dikunci.

Pasangan ini telah berkahwin selama 17 tahun

Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada penahan suami mangsa pada Jumaat menurut laporan media eva.vn.

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu dan suspek sudah berkahwin selama 17 tahun dan memiliki tiga anak berusia antara 11 hingga 17 tahun.

Mangsa tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari

Sepanjang dikurung di dalam tandas yang kotor dan berbau itu, mangsa tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari.

Jiran yang mengetahui kejadian itu sudah tidak sanggup melihat mangsa diseksa sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita daerah berkenaan.

Wanita itu dalam keadaan tidak terurus dan hanya terbaring

Kejadian tersebut berlaku di New Delhi dan ketika diselamatkan wanita itu dalam keadaan tidak terurus dan hanya terbaring.

Menurut pihak polis, mereka masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa.

Semoga mangsa dapat menerima rawatan dan jagaan untuk kembali pulih seperti sediakala. Diharap kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.