Nas Daily Didakwa Ekploitasi Budaya, Gadis Filipina Ini Dedah Kisah Sebenar

Siapa yang tidak kenal dengan ‘content creator’ media sosial terkenal Nusseri Yassin atau yang lebih dikenal dengan Nas Daily.

Beliau saat ini menjadi inspirasi bagi sesetengah orang di seluruh dunia dan bahkan banyak yang memujinya karena video-videonya mengeksplorasi budaya berbagai bangsa.

Namun sejak kebelakangan ini, Nas Daily dilaporkan telah didakwa melakukan tindakan eksploitasi budaya demi mengejar viewers dan rating untuk keuntungan peribadinya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang gadis berasal dari Filipina iaitu Louise De Guzman Mabulo telah berkongsi pengalamannya yang pernah bekerja dengan pengasas syarikat media Nas Daily itu.

Katanya, dia telah lama mendiamkan diri dan berasa kecewa apabila vlogger yang diminatinya itu membawa berita yang kurang menyenangkan.

Louise telah mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi semasa kehadiran Influencer terkenal itu ke kampungnya.

“Saya telah mendiamkan diri selama dua tahun, namun, berdasarkan cerita yang terjadi baru-baru ini, saya terpaksa mendedahkan segalanya.

“Pada tahun 2019, Nas Daily telah datang ke perkampungan saya untuk membuat liputan mengenai kisah saya bersama Projek Kakao.

“Pada ketika itu, saya antara peminatnya yang suka menonton video-video yang telah dihasilkan setiap hari.

“Pada masa itu, saya mendapat banyak peluang dan pendedahan akhbar untuk memperolehi pengiktirafan daripada UNEF terhadap pekerjaan yang saya lakukan di kampung bersama petani di sini.

“Saya kecewa apabila mengetahui lelaki yang saya minati itu bukanlah membawa berita yang baik.

“Malah, dia menipu pengikutnya untuk mempercayai segala infomasi yang disampaikan.

“Saya memerhati dia meniru dan mengejek bahasa, loghat tempatan. Dia berkali-kali mengatakan penduduk kampung saya ‘miskin’, ‘petani sangat miskin!’, ‘mengapa orang Filipina begitu miskin?”

Menurut Louise lagi, antara faktor dia mendiamkan diri selama ini adalah tidak mahu mempertaruhkan kampung halaman dan para petani daripada menjadi mangsa penyokong Youtuber itu.

Malah baginya, kehadiran Nuseir Yassin ke kampungnya pada dua tahun lalu itu dianggap sebagai mengeksploitasi dan memenuhi naratif neokolonial dengan menggunakan penduduk kampung semata-mata sebagai content.

“Rakyat Filipina harus bersama-sama dalam hal ini. Kita bukan content untuk dieksploitasi. Kita bukan budaya untuk dijadikan bahan atau modal kepada mana-mana individu. Kita lebih dengan apa yang difikirkan oleh dunia terhadap kita.

“Individu seperti Nas Daily merupakan gelombang jajahan baharu dunia hari ini. Saya sudah diam sejak 2019 dan saya tidak boleh lagi bertahan.

 

“Saya menegaskan sebelum ini kepada umum untuk terus menyokong penduduk tempatan, menyokong petani tempatan, mengambil inisiatif untuk membantu kelompok terpinggir.

“Saya hanya boleh meletakkan landasan dan membuka peluang untuk orang lain.”

Untuk rekod, Nas telah menubuhkan Nas Academy di mana ianya merupakan platform yang didirikan dan dipimpin oleh Nas sendiri.

Nas Academy disebut sebagai “Universiti virtual” bagi pencipta konten untuk mempelajari keterampilan masa depan.

Dalam pada itu, menerusi laporan media, Youtuber terkenal tersebut dikatakan telah hilang lebih 300,000 pengikutnya di laman Facebook dalam masa seminggu setelah dia dilanda kontroversi berkenaan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang respon daripada Nas Daily berkenaan isu tersebut.