“Dia boleh lari pulak” Langsung Tak Tanya Khabar Lepas Langgar, Proton Exora Ini Buat Ramai Naik Darah

Sudah berbakikan beberapa hari lagi untuk umat Islam di negara ini berpuasa, makin ramailah yang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung masing-masing.

Disebabkan jalan raya mahupun lebuhraya di semua negeri ketika ini bertambah sesak, pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa berhati-hati demi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

Pun begitu, masih kita dengar berlakunya kemalangan yang terjadi di sesetengah lebuhraya yang sesak diakibatkan oleh kecuaian diri sendiri.

Sama seperti kemalangan yang terjadi di antara sebuah pacuan empat roda dan sebuah motorsikal baru-baru ini.

Rakaman dashcam menunjukkan penunggang motor dibiarkan terbaring di atas jalan raya manakala Proton Exora yang melanggar pergi begitu sahaja!

Kemalangan dikatakan berlaku di KM24.5 MMR2 menghala ke Ampang pada jam 5.43 petang.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh dua dashcam yang berbeza oleh pengguna jalan raya yang menggunakan jalan yang sama di situ.

Berdasarkan apa yang dipaparkan, Proton Exora yang berada di lorong tengah ingin menukar lorong dan memberikan lampu isyarat.

Tiba-tiba datang penunggang motorsikal itu dari lorong kanan lalu merempuh kereta jenama negara itu sehingga dia terjatuh dan terseret sepanjang jalan!

Beberapa penunggang motorsikal yang peka dengan kejadian tersebut terus menghulurkan bantuan kepada lelaki yang dirempuh itu.

Proton Exora tersebut pada mulanya memberhentikan kenderaan, tak sampai beberapa saat kemudian dia beredar dan meninggalkan mangsa.

Video yang tular di laman Twitter

Pengguna Twitter yang melihat rakaman dashcam itu menjadi bengang disebabkan pemandu kereta tersebut langsung tidak turun daripada kereta dan memeriksa keadaan mangsa yang dilanggar.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang berpendapat motor yang dibawa mangsa agak laju dan mungkin kemalangan sempat dielak jika motorsikal dibawa perlahan.

Berikut antara reaksi-reaksi yang diberikan netizen di Twitter