“Nak mancing punya pasal” Suami Nekad Redah Jambatan Tenggelam, Suara Cuak Si Isteri Pula Undang Dekah!

Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan. Oleh itu, sdah pasti mereka akan fokus kepada pemilihan lokasi yang bersesuaian.
Iospital phone repair gombak
Selain menjadi kepuasaan kepada para pemancing setelah mendapat hasil tangkapan, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi tidak kiralah di sungai mahupun di lautan.

Ada yang menjadikan aktiviti memancing ini salah satu daripada hobi mereka untu menghilangkan bosan tatkala waktu lapang dan ada juga yang memancing untuk mencari rezeki.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat suami membawa isteri pergi memancing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @netnetty, kelihatan kedua-dua mereka sedang menaiki motosikal dan berada di sebuah tasik.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah si suami nekad untuk menyeberangi tasik itu yang hanya dihubungkan dengan sebuah jambatan rosak demi ingin memancing.


Bukan itu sahaja, Si isteri yang merakam situasi itu mula cuak sambil berzikir berulang kali kerana takut mereka berdua akan tenggelam.

Akhirnya, mereka berdua patah balik kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan jambatan tersebut sudah ditenggelami air.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur mendengar suara isterinya yang ketakutan dan sangat kalut.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berseloroh mungkin si isteri sangat takut sehinggakan dia terlupa untuk turun dahulu daripada motor bagi memudahkan suaminya menyeberang.

Antara komen wargamaya:

“Bang takyah lah bang”

“Akak pun turun lah dulu”


“Letih aku yang belakang pun dok kalut record.. pastu dok bismillah”

“Tak sekarang ni kenapa akak tak turun.. kan dah susah nak undur”

“Ketakutan dia tu sampai nyawa dah tercabut dari anggota badan sampai tak nak turun dari motor tu hahaha”

“Jalan2 begini la yang boleh mengingatkan kita kepada tuhan”

“Nak gelak ke nak kesian”

Video yang tular di laman TikTok:

@netnetty_nak mancingg punya pasall…🤪♬ original sound – Net Netty88