Lelaki Hidap Anxiety Melampau Selepas Kematian Isteri, Tak Boleh Berhenti Menangis Walaupun Pergi ‘Healing’, Akhirnya Ikhtiar Cuba Rawatan Islam

Anxiety disorder merupakan salah satu penyakit mental yang terjadi kepada sesetengah individu. Ia adalah situasi di mana seseorang mengalami gangguan kecemasan ketika bertindak terhadap sesuatu objek atau situasi.

Iospital phone repair gombak

Kebiasaannya, pesakit akan mengalami ketakutan yang teramat seiring dengan degupan jantung yang laju. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja serta menjadikan individu itu sukar melakukan aktiviti seharian.

Persis situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki yang mengalami kesedihan melampau selepas isterinya meninggal dunia pada tahun lepas.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh Ustaz Mohamad Hasnan Rili, lelaki 20-an itu menangis dan meraung ketika dirawat di Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa, Pajam, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Perawat yang berasal dari Sarawak itu sempat berkongsi cerita mengenai mangsa yang mengalami anxiety selepas isterinya meninggal dunia akibat sakit misteri.

“Sebenarnya, lelaki ini pernah bawa arwah isterinya datang berubat dengan kita. Dalam tiga bulan kita rawat arwah. Dia memang sakit teruk. Badan dah tinggal rangka, memang kesian tengok dia. Kalau nak kata buatan orang tu, saya no comment. Kita cuma ikhtiar nak bagi pulih, sebab gangguan tak nampak.

“Selepas isterinya meninggal dunia tahun lepas, dia jadi macam anxiety. Tak boleh terima kematian isteri dia. Antara simptom dialami seperti tak boleh tidur malam, tiada selera makan, sakit dekat ulu hati, dia ketar, berdebar, menangis tak berhenti dan asyik fikir kematian arwah saja.

“Suami ni pun dah pergi bercuti, sebulan dia keluar rumah untuk healing diri. Tapi bila dia balik rumah, benda sama berulang. Mereka ni pasangan baru kahwin. Suami umur dalam 20-an, arwah isteri pun masih muda,” ujarnya.

Tambah perawat yang turut mesra disapa Ustaz Nan, pesakit diberi bahan ikhtiar untuk digunakan secara harian dan kini keadannya semakin stabil.

“Macam kita, lebih kepda kaedah ruqyah, doa, bagi bahan ikhtiar. Kita beri bahan ikhtiar untuk guna di rumah. Antaranya minyak bidara, air semburan, lepas tu minyak kasturi, air mineral yang dah kita ruqyah dan juga air titis mata. Bahan ini tak digunakan untuk mandi, sebaliknya sembur saja pada badan.

“Alhamdulillah, keadaan dia sekarang beransur tenang walaupun belum pulih 100 peratus. Kalau ikut apa dia beritahu, sekarang dah sihat 70 peratus. Cuma ada lagi kadang-kadang waktu malam terbayang.

“Kebiasaannya, bahan ikhtiar yang kita bagi untuk rawatan selama dua minggu. Kita sarankan guna tiga kali setiap hari, macam makan ubat,” katanya lagi.

Ustaz Nan yang sudah enam tahun berkhidmat sebagai perawat alternatif Islam akui sudah berdepan banyak kes sebegini dan menasihatkan pasangan terlibat agar merujuk pihak berkepakaran bagi mengelakkan kesedihan berpanjangan.

“Kes macam ni terlalu banyak. Boleh kata ribuan kes sepanjang tahun. Bila kita lihat masalah kematian pasangan ni, ia bukan berlaku kepada orang biasa saja, malah turut berlaku dalam kalangan orang berilmu.

“Jadi kita sarankan carilah perawat Islam atau kaunseling supaya kita lebih tenang jika mengalami masalah yang menjejaskan emosi serta kehidupan harian. Benda ini kita tak boleh hadap sendirian. Kena jumpa orang yang boleh bantu kita.

“Satu pesanan, rawatan ini cuma ikhtiar saja. Perawat tak ada kuasa, sebaliknya hanya Allah yang memberi kesembuhan. Kita sebagai manusia biasa, kena cari ikhtiar, kami bantu untuk cari kesembuhan,” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok

@ustadhasnanrawatanislamANXIETY LEPAS KEMATIAN ISTERI♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa