Viral
“Nak main tak?” Lelaki ‘Sangap’ Cuba Ceroboh Rumah Bujang Tengah Malam Buat Netizen Seram

Dalam kehidupan seharian, sememangnya kita dikelilingi dengan pelbagai jenis perangai manusia bahkan bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Bak kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Jadi, kita perlulah berhati-hati walaupun berada di dalam rumah sendiri kerana bahaya tidak mengira tempat dan waktu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang pemuda yang tinggal di sebuah rumah bujang diganggu seseorang yang tidak dikenali malah menyeramkan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik @darwisy_aziz di laman Twitter, pada awalnya mereka terdengar suara lelaki di luar rumah dan cuba nak masuk daripada pintu belakang.
Apabila ditanya nak apa, lelaki pelik itu menjawab nak masuk rumah. Dia siap lambai tangan dan tanya kepada lelaki itu “nak main tak”.
Mereka yang pada ketika itu cuak dengan situasi tersebut bertindak menghalau lelaki itu namun tanpa disangka-sangka lelaki tersebut berjaya masuk ke dalam bilik salah seorang rakannya pada keesokkan harinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui turut meremang melihat video tersebut apatah lagi lelaki itu mengajak mereka melakukan perkara yang terlarang.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga berpesan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak membiarkan pintu terbuka.
Antara komen warga maya:
“jenis mereng gini kalau tak berkunci pintu rumah kau memang tetahu dia dah kat dapur je buat dalgona kopi”
“jadi laki pun tak selamat zaman sekarang ni”
“dengan tekanan hidup zaman sekarang elok dilepaskan semua tekanan tu kat dia je, jerit maki halau dia. Baru dia sedar harga ayam minyak dah naik”
Jom layan thread pemuda ini di Twitter:
CREEPY GILA! Laki ni datang nak masuk rumah kitorang tengah malam, nasib kitorang sempat kunci pintu.
Tak tahu dia sangap ke apa tapi dia asyik ulang “abang nak main tak?” pic.twitter.com/QWQbTSSqtI
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 3, 2022
Esoknya tu dia berjaya masuk babi pic.twitter.com/qUshYwKnKn
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 4, 2022
[01/07/2022] Cerita dia Jumaat malam baru ni dia dah start bising dekat tingkap bilik dia. Bilik dia bertentangan dengan bilik housemate kitorang. Malam tu dia asyik panggil housemate kitorang tu ajak main. Tapi housemate kitorang tu tak layan.
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
[02/07/2022] Pastu keesokan malamnya, Sabtu malam, dia bising lagi dekat tingkap bilik dia kacau housemate kitorang. Kalini lagi kuat sampai housemate kitorang tu takut and panggil aku dengan member aku. Dengan rambut macam tu, suara dia kepit kepit, kitorang pun takut la jugak
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
Dia asyik tanya nak masuk rumah la, nak main la, nak bj la. Kitorang jerkah sikit pastu tutup tingkap, tak layan. And then aku pun sambung la main valorant, tahu tahu beberapa minit lepas tu DIA DAH DEKAT BELAKANG RUMAH KITORANG. Tengah try nak bukak pintu belakang
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
Duk jerit jerit suruh kitorang bukak pintu. Aku pun record la (video ni yang korang tengok awal awal tu). Lama jugak la kitorang halau dia suruh balik sampai aku cakap nak call polis, baru dia blah.
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
[03/07/2022] Rumah kitorang ada 3 bilik.
Bilik 1 aku dengan member aku, Bilik 2 ada housemate aku, (sini aku namakan dia Ahmad)
Bilik 3 kosong, masih takda orang duduk.Ahad pagi tu jugak ada tenant baru masuk, muka high beb 😂
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
Pastu ahad malam tu kitorang nak tidur awal sebab esok tu isnin kerja, tahu tahu MAMAT GAY tu dalam rumah kitorang dah. Agak fucked up lagi bila dapat tahu tenant baru tu yang gi buka pintu ajak dia masuk rumah.
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
Tenant baru tu ajak mamat gay tu masuk bilik dia, sejam jugak la dalam tu. Cuak la bodo, mula mula dekat tingkap, pastu belakang rumah, ni dah masuk rumah dah 😭. Nak dekat pukul 12 centu, dia keluar bilik and Ahmad tu la yang halau dia aku rasa, part ni tak sure sangat
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
sebab memang aku berkunci dalam bilik je. Pastu dalam pukul 1 centu, nak tidur dapat dengar pintu pagar rumah kitorang, mamat gay tu still berkeliaran dekat depan rumah kitorang haih. Kitorang pun sebab dah penat sangat seharian keluar, kunci pintu semua and tidur je
— ダーウィシュ (@darwisy_aziz) July 5, 2022
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

Ibu Serba Salah Anak Pergi Sekolah Happy, Balik Menangis Sebab Takde Kawan Gara2 Tak Reti Cakap Melayu “Sorry sayang mama”

Gara2 Enggan Ke Sekolah, Ibu ‘Heret’ Anak Ke Balai Polis “Setiap hari dia menangis Tuan..”

Baru Hari Pertama Dah Kena Scam! Pelanggan Luah Rasa Kecewa Beli Roti John Untuk Berbuka Tapi Inti Sos & Mayonis Saja

Lagi ‘Drama’ Budak Prasekolah! Melekat Pada Badan Guru Macam Spiderman Tak Mahu Lepas, Cikgu Layankan Saja

Lelaki Dapat Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Ulat Bulu di Bazar Ramadan Kelantan Dengan Hanya RM10
