Nak Hantar Proton X50 Pelanggan, Sales Advisor Pandu 180km/j Sampai Total Lost

Bagi pembeli kereta pastinya teruja apabila tiba masa ‘Delivery Day’ kereta baru yang diidamkan sejak sekian lama.

Namun bukan semuanya berakhir dengan kereta selamat sampai ke tangan, ada juga yang dapat khabar berita kurang menyenangkan.

Kelmarin telah tular satu kisah kereta Proton X50 mengalami kemalangan dan total lost semasa dalam perjalanan untuk menghantar kereta kepada pelanggan yang berada di Johor Bahru.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puteri TopSales, seorang bekas sales advisor Proton telah berkongsi satu hantaran bagi menceritakan hal sebenar dan membersihkan nama beliau akibat kemalangan yang berlaku.

Menurut Puteri, dia telah berurusan dengan pelanggan semenjak empat bulan lalu. Walaupun dia tidak lagi bersama Proton, dia masih berurus niaga menjual kereta atas kepercayaan pelanggannya.

Kereta pelanggan ini telah didaftar pada 1/3/2021 dan merancang untuk penghantaran dari KL ke JB pada 6/3/2021. Oleh sebab Puteri tidak lagi bekerja sebagai sales advisor Proton, dia telah dimaklumkan tidak menghantar kereta pelanggan bersendirian.

SAYA IZINKAN KORANG POST / SHARE BERITA YANG NI

Assalamualaikum . Cukup cukup lah viralkan berita yang tak sahih ni . Saya akan berikan info yang betul . Saya disini ingin membuat pengakuan ya benar ini adalah customer saya . Saya telah berurusan dengan customer ni dari 4 bulan lepas .

Saya adalah bekas sales advisor proton tapi masih lagi berurus niaga menjual kereta diatas kepercayaan customer .

Kereta customer ni di register pada 1/3/2021 dan merancang untuk deliver dari KL ke JB pada 6/3/2021 .

Oleh sebab saya bukan lagi authorised staff proton disitu, pada hari kejadian, saya diberitahu tidak dibenarkan menghantar kereta customer sendirian. Azmi sebagai SA disitu yg menemani dan membawa kereta X50 tersebut .

Pada jam 3 ptg , kami mula bertolak keluar dari showroom . Manager sebagai saksi yg Azmi membawa kereta X50 tu dan saya membawa kereta Azmi .

Azmi keluar dulu dan terus hilang entah ke mana . Apabila saya call , dia memberikan alasan dan dia meminta saya untuk terus jalan dulu . Sebelum itu saya telah beritahu lokasi penghantaran .

Saya call Azmi untuk berjumpa dan gerak bersama (konvoi) tapi Azmi taknak dan menyuruh saya tidak menunggu dia . Terus jumpa di JB .

Pada jam 5.30 saya menghantar lokasi customer kepada Azmi dan Azmi telah memberitahu saya yang dia telah sampai melaka dan masih meneruskan perjalanan .

Saya telah berhenti di RNR dua kali dan pada jam 7 ptg saya telah keluar tol skudai jb, namun Azmi masih senyap tanpa khabar berita .

Saya terus menghubungi azmi sehingga pukul 8 PM Azmi kata dia telah masuk segamat dan saya menganggarkan dalam pukul 10 malam sampai JB . Saya terus menghubungi Azmi melebihi 40 kali tapi tak dijawab .

Pada jam 11 malam , saya mendapat panggilan telefon oleh customer saya sendiri yg Azmi telah memberitahu beliau yg kereta accident teruk sehingga TOTAL LOST ! di kawasan segamat dan Azmi telah membuat pengakuan di balai yang dia telah membawa kereta customer saya pada kelajuan 180 km/h .

Dan Azmi juga tidak jujur kerana telah memutar belitkan fakta dan dia telah menipu saya . Alasan dia tidak masuk akal dimana dia sebenarnya telah lalu jalan Karak dan hampir pusing di Dungun sedangkan destinasi kami adalah menghala ke JB .

Dia memberitahu yg waze dan maps adalah salah ! Cerita sebenar telah dibuat pengakuan oleh Azmi sendiri di balai dikelilingi ramai saksi .

Oleh sebab itu , Azmi wajib bertanggungjawab diatas kecuaian dia memandu kereta customer . Segala kerugian perlu dibayar oleh Azmi .

Di sini saya sertakan report polis yang saya telah buat untuk cover diri dan bukti kesalahan dari Azmi bukan dari saya .

Saya harap semua tidak mendengar hanya dari sebelah pihak . Saya juga harap penjelasan saya ni dapat membersihkan nama dan reputasi saya . Kes masih dalam proses .

Azmi sebagai pemandu alhamdulillah selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan , belum arwah lagi . Bagaimana kemalangan tu berlaku hanya Azmi seorang je tahu kejadian sebenar .

Tapi berdasarkan gambar yg kita lihat , betapa hebatnya X50 demi melindungi pemandu . #X50 telah memenangi 5star NCAP . Tiberr promote pulak .

Namun, saya sangat terkilan dengan apa yg jadi . Mungkin cerita ini boleh diambik iktibar dan pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati hati.

Ekoran kejadian tersebut, Puteri telah membuat satu cover report polis bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya.

Dia berharap semua orang dapat mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku dan Puteri tetap berjumpa dengan pelanggannya bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Bagi Azmi pula, syukur kerana dia tidak mengalami sebarang kecederaan dari kemalangan tersebut.