“Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting‘,” katanya.
Tambah Jasmine, dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan menerima kritikan orang ramai.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.
“Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
Bagaimanapun kata Jasmine, dia enggan bercerita lebih lanjut memandangkan agama merupakan isu sensitif.
“Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya.