Connect with us

Hiburan

“Mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah!” Nazrey Akhirnya Dedah Sebab Keluar Raihan

Siapa tak kenal dengan kumpulan nasyid kegemaran ramai dari dulu sampailah sekarang iaitu Raihan. Kumpulan nasyid legend ini sudah meraih pelbagai pencapaian.

Raihan pernah menggegarkan sejarah industri muzik Malaysia apabila dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh pada 1997!

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Raihan iaitu Nazrey telah membuat keputusan untuk menarik dari daripada kumpulan berkenaan atas sebab-sebab tertentu walaupun ketika itu nama Raihan di puncak kejayaan.

Setelah bertahun lamanya, Nazrey akhirnya mendedahkan antara sebab dia menarik diri daripada Raihan. Katanya, dirinya bukan seorang yang sukakan populariti.

Bekas vokalis Raihan atau nama sebenar Nazrey Johani Abdullah, 50, akui hatinya tidak tenang sepanjang bersama kumpulan itu kerana menjadi perhatian ramai.

“Selama saya dengan Raihan, saya tidak pernah senang hati.

“Walaupun pergi (kerja) ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya berfikir tentang kerja sahaja,” katanya.

Nazrey akui sering berdoa untuk diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan nasyid itu secara baik tanpa sebarang permusuhan dengan ahli lain.

“Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik.

“Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tidak mahu populariti itu.

“Hati saya tidak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan,” katanya.

Selepas 14 tahun bersama Raihan, akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah apabila dia nekad meninggalkan kumpulan itu untuk menjalankan kerja dakwah.

Nazrey turut mendedahkan keputusan yang dibuat itu seakan mengundang kemarahan ahli kumpulan yang lain, namun dia akur segala reaksi mereka.

“Ketika saya mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah!

“Sejak itu saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok

@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ♬ original sound – nazreyjohaniofficial

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)