Nadir Al Nuri Dakwa Cara Team Ustaz Ebit Lew Masuk Ke Palestin Tidak Tersusun?

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman merupakan individu yang sangat dikenali ramai terutama mereka yang hendak masuk ke Gaza.

Beliau bermula dengan pembabitannya dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza pada tahun 2013.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi, Nadir ini dilihat membela nasib anak yatim yang kematian bapa mereka semasa peperangann.

Terbaru, tular satu rakaman video di Tiktok mengenai luahan Nadir berhubung isu Ustaz Ebit Lew dan delagasinya yang masuk ke Gaza baru-baru ini.

Video tersebut juga dipercayai mempunyai hubung kait dengan isu yang sedang viral ketika ini.

“Team ustaz Ebit Lew ada hubungi saya untuk sampaikan sumbangan di bumi Gaza. Tapi bila kita dah bagi proposal tidak dibalas.

“Tiba-tiba saya dengar mereka dah sampai di Cairo. Bila mereka sampai di Cairo, mereka telah menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana nak masuk.

“Kami beritahu memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan terus buat kerja.”

Menurut Nadir, semua negara mempunyai tuan rumah, badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat zakatnya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Jadi, kaedah yang dilakukan oleh Ustaz Ebit dan pasukannya dipercayai tidak tersusun semasa melakukan misi kemanusiaan tempoh hari.

Ujar Nadir, niat ustaz tersebut dan pasukannya sudah betul. Cuma, pasukan Ustaz Ebit didakwa perlu lebih ‘tersusun’.

Nadir juga memberitahu dia tidak menyalahkan Ustaz Ebit dalam isu tersebut.

“Apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit ialah dia beli barangan di Cairo dan dihantar masuk ke Gaza. Itu tak ada masalah.

“Cuma yang jadi masalah apabila seseorang individu masuk ke Gaza. Selalunya ramai individu akan beri bantuan kewangan sahaja dan kami akan beli barangan tersebut dalam Gaza. Sebab kita boleh perkasa ekonomi di bumi Gaza.”

Tambah Nadir, pihaknya tidak ada masalah apabila mendapat barangan yang dihantar oleh Ustaz Ebit.

Tetapi pihak tersebut perlu tahu bahawa kesemua barangan yang dihantar boleh didapati dalam Gaza sendiri.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Ebit dan pasukannya mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang risiko ketika berada di sempadan sekiranya mereka membeli semua barang tersebut di dalam Gaza.

“Mereka semua seranng NGO dan berkata lebih baik tidak payah hantar sumbangan ke pihak NGO dan hantar sahaja ke Ustaz Ebit.

“Kami di bumi Gaza hari-hari berbincang agar semua benda itu lebih tersusun dan terancang. Namun, semuanya disalah ertikan.”

Di akhir video tersebut, Nadir memberitahu bahawa dia berasa terkilan apabila ramai NGO diseranng oleh netizen dan penduduk di Malaysia.

Menurut Nadir lagi, masyarakat di luar sana tidak tahu bahawa mereka akan berbincang setiap hari dengan Kementerian Pembangunan dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan beberapa kementerian yang lain mengenai keperluan masyarakat di bumi Gaza.

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu.

BACA: “Cap..cap.. Hancur future sebab kebodohan kau..” – Nabila Huda

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 muat naik di Instagram Stories.

Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya.

Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong pendakwah yang disegani ramai itu.