Setiap pengguna jalan raya disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya kerana kecuaian mereka boleh mengakibatkan nyawa pengguna lain terancam.

Pelbagai kisah kecelakaan jalan raya dikongsikan di media sosial dan ramai diantara pengguna yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan hanya kerana kecuaian orang lain.

Perodua Myvi dirempuh sebuah pikap di persimpangan

Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita maut manakala anak perempuannya parah dalam satu kecelakaan jalan raya pagi tadi.


Difahamkan, kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pikap di persimpangan Jalan Temenggong Ahmad dekat Parit Keroma, Muar, Johor.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.46 pagi itu, mangsa Norain Abu Samah, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.

“Anak mangsa, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan cedera parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Totota Hilux tidak berhenti ketika lampu isyarat merah

Menurut Zaharudin, siasatan awal mendapati Toyota Hilux dipandu Gui Chui, 69, dari arah Parit Jawa menghala ke bandar Muar dipandu dengan kelajuan tinggi dan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Akibatnya, pikap terbabit merempuh Perodua Myvi dipandu Norain yang baru bergerak selepas lampu isyarat di laluannya bertukar hijau,” katanya.

Toyata Hilux terbabas dan melanggar empat lagi kenderaan lain

Jelasnya lagi, akibat kemalangan itu Toyota Hilux berkenaan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar empat lagi kenderaan lain.

“Seramai 14 lagi mangsa yang menaiki empat kenderaan berbeza terselamat tanpa mengalami kecederaan.

Sampel darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux dihantar ke Lab

“Sampel darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah.”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Anggota Bomba berusaha keluarkan mangsa yang maut

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang maut selepas Perodua Myvi dipandunya dirempuh Toyota Hilux di persimpangan Jalan Temenggong Ahmad dekat Parit Keroma, pagi tadi.

Menerusi rakaman video kemalangan terbabit berdurasi 23 saat tular di media sosial pagi tadi menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat.

Enam kenderaan terlibat

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, seramai 13 anggota bomba, satu jentera LFRT, satu jentera EMRS dan dua unit RIM daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dihantar ke tempat kejadian.

“Kejadian tersebut membabitkan enam kenderaan iaitu Perodua Myvi, Nissan Grand Lavina, Nissan Urvan, Van Ford Spectron dan dua pikap. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.08 pagi,” katanya.

Salam takziah kepada keluarga mangsa Perodua Myvi, semoga keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dengan dugaan ini.

Video tular di Facebook

Buat semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah di jalan raya, anda mampu mengubahnya.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.