Murid OKU Tolak ‘Wheelchair’ Untuk Merentas Desa 4.2 KM, Semangatnya Buat Netizen Kagum

Terlahir lain daripada yang lain ataupun kurang upaya (OKU) bukan lah satu perkara yang boleh dipilih malah ianya merupakan ketentuan sama ada untuk mengujinya sebagai hamba ataupun menguji kita yang normal untuk berbuat baik pada mereka.

Sama dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki membuktikan kekurangannya bukanlah satu penghalang untuk dia terus bersukan bersama rakan-rakannya yang lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Hamdanburn, budak lelaki ini mengambil bahagian dalam acara merentas desa sejauh 4.2KM yang diadakan di sekolahnya.

Dapat kita lihat insan istimewa ini bertungkus lumus menolak kerusi rodanya bersama-sama rakan sebayanya yang lain.

Budak lelaki ini seolah-olah tidak mengenal erti putus asa dan tetap menghabiskan acara walaupun reaksi mukanya terlihat agak kepenatan.

Lebih mengharukan adalah, seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada budak lelaki ini turut hadir pada acara tersebut untuk menemani anaknya sehingga ke garisan akhir penamat.

“4.2 KM merentas desa katanya.. hadir ku untuk dia” ujar lelaki ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@hamdanburn♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat semangat yang ada pada diri budak lelaki tersebut. Walaupun serba kekurangan namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai satu halangan.

Bukan itu sahaja, netizen juga terharu dengan keberadaan ayahnya bersama budak lelaki ini ketika acara itu berlangsung dan menganggap ianya juga merupakan satu semangat buat budak lelaki ini.

Berikut merupakan komen warga maya:

“yang penting dia enjoy moment2 merentas desa dengan kawan2 dia”

“murid lain boleh, adik pun boleh, go go go”


“semangat kamu memang kuat dik, doa abang moga kamu berjaya dalam apa jua bidang kamu ceburi dik”

“kelainan awakni kelebihan awak 1 hari nanti”

“semangat tu mahal.. terbaik..”