Murah dan Cantik, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Rak Dan Meja TV Guna Paip PVC

Rumahku syurgaku antara pepatah yang sering digunakan. Rumah antara tempat paling tenang dan selesa untuk beristirehat.

Ramai diantara kita berusaha memiliki rumah yang selesa didiami dan menghiasnya dengan sebaik mungkin.

Harga perabot yang mahal di pasaran

Begitu juga dengan perabot di rumah, tidak lengkap rasanya jika tiada perabot menghiasi ruangan rumah.

Namun begitu, tidak semua orang  mampu untuk membeli perabot yang berada dipasaran dengan harga yang mahal.

Oleh sebab itu, dengan usaha yang gigih, ramai diluar sana mempunyai idea yang kreatif dan mampu menghasilkan rekaan perabot dengan bajet yang rendah.

Pengguna Facebook kongsi cipta rak sendiri

Menerusi perkongsian di Facebook Tukang Apa Hari Ini, Mohd Akmal Azizi berkongsi mengenai rak yang telah dicipta sendiri.

Beliau berjaya menghasilkan rak televisyen dengan menggunakan beberapa bahan yang sangat mudah untuk didapati.

Rak tempat letak televisyen

Rak tersebut digunakan untuk meletakkan televisyen dan juga terdapat ruangan meletak barang di sebelah rak tersebut.

Hasil idea kreatif itu juga tampak lebih cantik apabila ia dibuat dengan kemas walaupun hanya didirikan dengan menggunakan pvc.

Rak ini menggunakan 4 jenis bahan sahaja

Ikuti kiriman di bawah ini bagi melihat bahan-bahan yang digunakan serta hasil yang sangat menarik.

“Nak beli yang elok duit tak ramai. Ini projek asal bole letak tv je”

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

1) Pvc class 7

2) Join 3way & 4way

3) Aerosol spray flat black

4) Rubber wood

 


Rata-rata netizen memuji idea kreatif ini dan kerajinan pencipta dalam menghasilkan sesuatu yang bagus dan menarik. Selamat mencuba !!!