Guna Kaedah CUBIT-CUBIT Buang Pucuk, Pokok Cili Merimbum Dalam Pasu

Cili padi antara bahan wajib yang akan kita beli ketika di pasar dan digunakan dalam masakan setiap hari

Tanam pokok cili api dalam pasu sahaja

Harga cili padi kampung boleh tahan mahal walaupun hanya sepeket kecil. Anda akan lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah.

Sepohon merimbun cili, tak habis makan dan lebih mudah apabila nak guna tinggal petik sahaja.

Menerusi seorang pengguna laman Facebook Cik Pooja telah berkongsi cara bagaimana mahu menanam pokok cili padi yang subur dan merimbun buahnya.

Tip tanam pokok cili api merimbun dan subur

Mari kita ikuti tip tanam Cili Padi Kampung yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini.

“Tanam dalam pasu dekat balkoni umah je, Alhamdulillah. Sepokok sahaja pun, makan tak habis”

“Kepada yang bertanya cara tanam, Cikpooja ni taklah pakar sangat. Semua ni bidang terjun je nih dan ini cara cikpooja tanam cili ni yea”.

Tanam guna cili api yang dah masak ranum

“Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum(lenyek2 je kat tanah dalam pasu semaian). Selepas seminggu, InsyaAllah dia akan bercambah”

“Masa ni kita cuma kene pantau kelembapan tanah je dan jangan terlebih siram yea. Tak payah guna baja lagi”.

“Bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6helai (tempoh tanam dalam sebulan gitu).
Okey boleh ubah ke pasu baru yea”.

Bahan-bahan untuk kaedah cikpooja tanam

  1. Anak pokok cili
  2. Pasu yang diisi tanah bakar(pasu yang berlubang dibawah yea)
  3. Baldi (yang ngam-ngam dengan pasu yea)
  4. Bancuhan baja AB

Langkah-langkahnya adalah :

1) Tanam anak pokok cili dalam pasu.

2) Letak pasu diatas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu (air baja tu isi agak2 bila letak pasu, bontot pasu cecah air baja yea)

3) Cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang. Tanah akan sentiasa lembap.

4) Apabila air baja dah nak kering, kita topup lagi.

5) Apabila pokok dah naik segar elok, cikpooja guna kaedah CUBIT2 buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas2 baru. InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu.

“1 je masalah bila tanam cili ni, serangan bena(mende yang putih2 tu). Cikpooja tak guna pape racun serangga pun”.

“Cuma hari2 cikpooja akan intai2 bawah daun tu dan tenyeh2 deme tu. Daun yang patut buang, kita akan buang. Macam tu je lah caranya”.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua dan selamat mencuba!!!