Mulut Berbau Di Bulan Ramadhan? Doktor Ini Kongsi 6 Cara Elak Nafas Berbau

Sepanjang bulan ramadhan ini, pasti anda tidak merasa mulut anda selesa. Hal ini menyebabkan ramai diantara kita tidak yakin untuk berkomunikasi dengan orang. Anda akan berasa risau mulut anda berbau tanpa disedari.

Bagi yang perlu berkomunikasi sepanjang bulan ramadhan, hal ini pasti mengganggu fikiran anda. Ia juga menjejaskan prestasi kerja anda dan anda akan berasa mahu menggosok gigi setiap masa. Ia juga mempengaruhi tahap keyakinan anda dalam menjalankan rutin harian anda apabila bertemu dengan orang.

Mari kita lihat 6 cara untuk elakkan mulut berbau di bulan ramadhan yang telah tular dilaman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN

1. Anda Perlu Minum Air Secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.

2. Anda Boleh Elakkan Minum Kopi Atau Teh Di Waktu Sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.

3. Anda Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

4. Anda Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.

5. Anda Perlu Gosok Gigi Dan Bersihkan Lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.

6. Anda Perlu Pastikan Tiada Masalah Mulut Dan Hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!

Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca. 6 cara ini boleh anda amalkan dan pasti anda akan yakin untuk berkomunikasi dengan semua orang walaupun anda berpuasa. Selamat mencuba!