Kurus & Langsing Tak Tinggal Nasi? Lihat Bagaimana Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat

“Sape tak nak kurus oiii”. Tapi bukan mudah bukan untuk mendapatkan berat dan potongan badan yang langsing.

Tambahan pula ada sesetengah golongan yang hanya makan dalam kuantiti yang sedikit namun badan naik bagai dipam-pam.

Kurus dan langsing, besar harapan maka besarlah pengorbanan yang terpaksa dihadapi. Kurus dengan cara semulajadi merupakan satu proses penurunan berat badan yang sangat bagus.

Benar, bukan mudah untuk kurus, tambahan pula Malaysia adalah satu negara syurga makanan. Sebut sahaja makanan tempatan, berderet perlu dicuba.

Selain itu, makanan korea berpuluh kedai yang masih tidak sempat kita cuba, makanan india yang tidak asing lagi di negara ini. Tambahan isteri bekerja, mamaklah tempat mengadu perut anda yang kelaparan.

Jika anda mahu kurus, makanlah dengan kuantiti yang sedikit, seperti slogan suku-suku separuh. Yang separuh itu sayur bukan nasi, anda jangan salah faham pula.

Senaman juga merupakan elemen penting dalam membantu perjalanan proses penurunan berat badan anda. Ini kerana bersenam mampu menaikkn kadar metabolisme dalam badan kita.

Baca: Rahsia Lisa Surihani Kurus Macam Anak Dara, Diet Gaya Sunnah ‘Intermittent Fasting’

Satu perkongsian dilaman sosial yang telah tular apabila seorang saudara ini telah berjaya menurunkan berat badan tanpa meninggalkan nasi.

Seorang gadis bernama Ameera Ramly telah berkongsi cara menurunkan berat badan sehingga langsing dan tidak perlu tinggalkan nasi yang telah mendapat ribuan retweets dan hampir 10 000 tanda suka di media sosial.

Mari lihat bagaimana gadis ini berjaya. 

Menurut Ameera, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun lalu. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.

Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.

Gadis 26 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.

Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.

Ujarnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.

Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari

Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada November tahun lalu. Pada awalnya berat saya 83kg dan terkini berat saya turun ke 69kg,” ujarnya.

Untuk tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.

Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.

Untuk Senaman, Saya Buat Kardio

Untuk Kardio anda juga boleh mencari sebarang aktiviti yang anda gemar sebagai rutin harian anda.

Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit.

Ini  merupakan antara tips lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:

  • Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.
  • Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.
  • Anda perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.

Benar, bukan senang mahu menurunkan berat badan. Namun anda pasti merasa berbaloi jika anda berjaya menurunkan berat badan anda.

Selain anda senang dan mudah untuk bergerak, anda juga bebas memilih pelbagai jenis pakaian jika anda kurus.

Mana gadis yang mahu menurunkan berat badan anda, bolehlah cuba diet yang diamalkan ini dan semoga anda bergaya.