“Tak ‘tahan’ tengok student,” Muat Naik Video Berbaur Tak Senonoh, Guru Praktikal Tampil Mohon Maaf

Menjadi seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Manakan tidak, guru sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Mencurahkan ilmu sehingga anak didiknya berjaya.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru dikatakan memuat naik sebuah video yang mempunyai unsur berbaur seksual ke atas anak muridnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di @zeeq.f, dia menunjukkan ‘point of view’ ketika sedang mengajar namun hilang kata-kata dan lidah menjadi kelu selepas melihat seorang anak murid.

Susulan itu, ianya menjadi bualan warganet sehinggakan ada yang meminta agar guru tersebut dikenakan tindakan lanjut.

“Dekat tiktok ada cikgu praktikal buat video dia tak menahan tengok student sampai hilang idea nak cakap apa. Orang komen dia gelak je, harapnya gelak jugaklah bila UPSI kenakan tindakan.”

“Kadang kan pelik, macam masa study dekat UPSI tu tak belajar etika, tak faham antunan seksual Akta Kanak-Kanak 2001 dan batas seorang guru dan anak murid.” Tambahnya lagi.

Oleh kerana teruk dikecam netizen, akhirnya lelaki tersebut tampil membuat permohonan maaf. Dia juga menjelaskan bahawa itu hanyalah screenshot sahaja dan bukannya video penuh membuatkan ramai yang salah faham.


Tidak cukup dengan itu, dia juga memberitahu bahawa dirinya malu apabila dipandang oleh anak muridnya ketika sedang mengajar.

“Dua hari yang lepas saya ada upload video dekat TikTok dan content sebenarnya video itu adalah saya malu kalau student saya tenung saya waktu saya tengah mengajar.”

“Itu saja yang saya cuba nak sampaikan tapi adalah beberapa pihak reshoot part-part tertentu post dekat Twitter mengatakan itu adalah grooming behavior.” Ujar lelaki ini.

Bagaimana pun, atas dasar tanggungjawab, guru ini telahpun memadam video tersebut dan akan lebih berhati-hati untuk mengupload sebarang video malah dia juga sedar dia membawa nama baik sekolah dan institusi KPM yang dipandang tinggi.

Video permohonan maaf:

@zeeq.f🙏🏻♬ original sound – zeeq and f.

Perkongsian yang tular: