“Motor akak ni carik makan pun ko rembat.”

Malang tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa seorang penghantar makanan apabila motosikalnya dicuri.

Nasib malang tersebut telah menimpa penghantar makanan apabila motosikalnya hilang dalam satu kejadian di Giant Batu Caves.

Minta jasa baik orang ramai jika jumpa motosikal BQF 2182

Kelihatan beberapa keping gambar penghantar makanan perempuan itu menangis mengenangkan motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki itu telah hilang.

Menerusi satu perkongsian oleh Che Ghani Mahmood di Facebook, dia meminta jasa baik orang ramai yang terjumpa motosikal tersebut untuk menahan mereka.

Motor orang cari makan pun ko rembat

“Motor riders food panda kena curi dekat giant batu caves. Lc v6 Motor rider panda baru hilang”.

“Plat BQF 2182 jenis LC v6, warna biru limited. Hilang dekat giant batu caves, kalau ada nampak tolong tahan. Lelaki melayu 2 orang, motor orang carik makan pun ko rembat”.

Motosikal telah dicuri oleh dua orang lelaki

“Menurut lelaki itu, motosikal milik wanita itu dipercayai telah dicuri oleh dua orang lelaki”.

“Dia meminta orang awam yang terlihat motosikal tersebut untuk melaporkan kepada pihak polis dengan segera”.

Motosikal tersebut baru sahaja dibeli wanita itu tiga bulan lepas

Sementara itu, menerusi ruang komen terdapat seorang pemilik motosikal jenis yang sama turut mengadu bahawa motosikalnya telah hilang.

Motosikalnya hilang di tempat yang sama seperti motosikal wanita itu. Motosikal jenis Yamaha LC itu baru sahaja dibeli oleh wanita itu pada tiga bulan yang lepas.

Rata-rata netizen turut bersimpati akan nasib yang diterima wanita tersebut, kerana motosikalnya itu digunakan untuk mencari rezeki.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai dan semoga motosikal yang hilang itu berjaya ditemui.