“Dari dulu tulis article suka terpesong” Tok Ti Tegur Etika Menulis Pihak Media Terkenal Di Instagram Selepas Kenyataannya Tentang Kerjaya Aafiyah Diubah

Tidak kiralah orang biasa mahupun artis sekali pun, kalau dah namanya ibu, mestilah nak yang terbaik untuk masa depan anaknya kan? Begitu juga dengan penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila ditanya tentang kerjaya anaknya, Siti Aafiyah.

Iospital phone repair gombak

Walaupun umur pemilik nama Siti Aafiyah Khalid ini baru menginjak 4 tahun, namun para peminat di luar sana pasti mahu tahu apa yang telah dirancang oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti buat anaknya yang tersayang.

Malah baru-baru ini Tok Ti ada membuat satu kenyataan mengatakan enggan anaknya Aafiyah ikut jejak langkahnya dengan menjadi seorang penyanyi.

Namun, Tok Ti lebih gemar anak sulungnya itu memilih untuk jadi seorang ahli perniagaan apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti. Pun begitu, dia tidak menolak sekiranya Aafiyah mewarisi bakatnya dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi.

Bagaimanapun, kenyataannya itu telah ditukar oleh satu pihak media terkenal. Perkara tersebut telah pun dikongsikan dan dimuat naik sendiri oleh Tok Ti di Instagram miliknya.

Menurut Tok Ti, dia terkilan apabila pihak media sanggup menukar fakta mengenai kenyataannya tentang Aafiyah baru-baru ini, menyebabkan dia menerima impak negatif.

Menerusi tangkap layar tersebut, media tersebut menulis tajuk bahawa Tok Ti lebih gemar Aafiyah jadi ahli politik sedangkan perkara berkenaan tidak pernah diungkapkan oleh Tok Ti.

“Tajuk berita ini jauh berbeza sekali dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis”. luahnya.

Dalam pada itu, Tok Ti berharap agar pihak media berkenaan bertanggungjawab di atas artikel dan tajuk yang ditulis dan tidak mengubah fakta memandangkan perkara tersebut juga merupakan antara etika menulis.

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)