Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Pelanggan Foodpanda Terkejut Pihak Restoren Bagi Sudu Besi Terus!

Banyak cerita lucu yang kita sering dengar di media sosial mengenai penghantar makanan mahupun keadaan makanan yang sampai kepada penerima.Iospital phone repair gombak
Jika perasan, bila order makanan di atas talian, ada ruangan dimana kita boleh membuat pesanan tambahan seperti minta agar kurang pedas, extra pedas atau pun taknak sayur dan bermacam lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan Foodpanda yang meminta sudu daripada kedai yang dipesannya menerusi nota tambahan kerana berada di luar rumah namun yang sampai nyata membuatnya terhibur!


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @sleepyheadwhynot, wanita berkenaan mendapat sudu besi oleh restoren tersebut kerana notanya yang agak ‘luar biasa’.

“Nak sudu, tolong ahhhh nak suduuuu? Kedai lain semua pait nak bagi sudu.. Tolong ahh????? Tak tidur malam saya memikirkan kenapa tak bagi sudu???”, tulis wanita itu pada nota tambahan terbabit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan video tersebut bahkan mengatakan mungkin pekerja restoren tersebut kasihan melihat rayuan pelanggan.

Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman masing masing dan akui terkadang pesanan tambahan tidak dihiraukan oleh pihak restoren.

Antara komen warga maya:

“Aku pernah tulis ‘tolong bagi straw sebab bibir bengkak kena gigit tebuan’ pastu dah sampai abang grab tanya ‘tak bengkak pun bibir tu?'”

“Sudu stainless steel terus oiiiii”

“Saya dapat order dari customer minta kuah sup tapi masalahnya saya jual mango smoothie..”

“Minta kuali dengan sudip sekali kak, nanti takyah beli kuali lagi”

“Bagus la kedai ni dia memahami”


Video yang tular di laman TikTok:

@sleepyheadwhynot AKU PENATT😭😭😭 #fyp #yourpage #tiktokmalaysia ♬ Penang kalau hari2 macam ni – Bubih