Ibu Strok Tertinggal Ic Di Rumah, Tindakan Pegawai Bank Sanggup Datang Ke Kereta Untuk Berurusan Raih Pujian Ramai

Pada zaman kini, banyak manusia yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan akan kesusahan orang lain sehingga ramai yang berfikir masih adakah manusia yang ‘baik’ pada masa kini?
Iospital phone repair gombak
Namun, tidak perlulah kita ‘memukul rata’ kerana secara dasarnya, masih tersisa lagi orang baik di dalam dunia ini persis cerita yang tular baru-baru ini dimana seorang pegawai bank membantu seorang makcik strok mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @s.nass, dapat kita lihat seorang pegawai bank cawangan Machang, Kelantan sanggup datang ke sebuah kereta salah satu pelanggan untuk memudahkan urusan ibunya mengeluarkan duit.

Difahamkan, ibunya merupakan pesakit strok namun tertinggal kad pengenalan asal di rumah yang memakan masa 2 jam perjalanan untuk pulang dan hanya mempunyai salinan saja bersamanya ketika itu.

“Ada IC copy je. Nak balik rumah ambil kad IC, jauh. Ambil masa 2 jam pula. Tapi dengan jasa baik budi bicara pihak bank, Alhamdulillah boleh.”


Pihak bank bukan hanya membenarkan proses tersebut menggunakan salinan kad pengenalan malah salah seorang pegawai sanggup datang ke kereta untuk mendapatkan cap jari ibu wanita ini.

Wanita ini juga akui kita perlu rendah diri jika melakukan kesilapan atau kecuaian agar orang lain dapat membantu dengan hati yang terbuka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan cara layanan pegawai bank termasuklah budi bicara pihak bank atas situasi tertentu.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pegawai bank memberi kelonggaran terhadap warga emas yang tidak mampu untuk masuk berurusan di pejabat.

Antara komen warga maya:

“Ni baru betul datang kat kereta.. bukan yang sakit terpaksa bawa masuk sekali dengan katil..”

“Bila kita permudahkan urusan orang lain Allah akan permudahkan urusan kita”


“Respect.. jarang2 dibuat oleh pihak bank..”


Video yang tular di laman TikTok:

@s..nass terima kasih #cimbmachang memudahkan urusan kami #allahsayang #syukurselalu ♬ Cinta Bukan Hanya Harapan – ADE