Meruntun Hati, Dua Beradik Terpaksa Kongsi Kasut Sama Ke Sekolah Buat Netizen Sebak

Tidak semua di antara kita bernasib baik dan menjalani kehidupan mewah. Ada yang tidur beralaskan tilam, ada juga yang tidur beralaskan kotak.

Begitulah perumpamaan yang dapat kita gambarkan dimana tidak semua orang mampu untuk memiliki sesuatu benda.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sepasang adik-beradik terpaksa bertukar ganti kasut sekolah di antara satu sama lain di salah sebuah sekolah rendah di Kota Bau Bau, Sulawesi Tenggara mencuri tumpuan ramai.

Sudah menjadi perkara yang wajib dimana setiap pelajar sekolah perlu memakai pakaian yang formal jadi dua beradik itu sanggup berkongsi kasut. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana kasut salah seorang daripada adik-beradik itu telah rosak.

Menerusi video tersebut, menunjukkan dua beradik itu bertukar kasut apabila mereka pergi ke sekolah.

Menurut sumber Suara.com, dua beradik itu Nadia Blink (kakak) yang berusia 11 tahun dan adiknya Riski Blink yang berusia 9 tahun masing-masing masih lagi di bangku sekolah rendah.

Disebabkan waktu persekolahan mereka berbeza iaitu sorang pada pagi manakala seorang lagi sesi petang maka mereka boleh berkongsi kasut dan dikatakan mereka telah melakukan hal ini sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagaimana pun, jika ada waktu persekolahan yang membuatkan mereka harus masuk pada masa yang sama, maka salah seorang daripada adik beradik ini terpaksa berkorban untuk memakai kasut tersebut.

“Kalau saya masuk pukul 10 pagi saya akan tunggu dia selesai dulu.” kata Nadia kakaknya.

“Semangat mereka berdua nak sekolah sangat luar biasa, walaupun sepasang kasut itu terpaksa diguna pakai secara bergilir-gilir.” kata Waode, salah seorang penduduk Baubau.

Lumrah zaman persekolaha di kalangan kanak-kanak sudah pasti mereka diejek oleh rakan-rakan yang lain.

“Sering diejek, sering juga didesak,” katanya.

Kisah ini bukan sahaja mengundang sebak warga netizen namun mendapat perhatian daripada Ketua Polis Baubau, AKBP Rio Takari.

“Saya sangat terharu saat membayangkan masa kecil saya yang turut ada pengalaman yang lebih kurang sama seperti mereka, dan saya ingin memberi semangat kepada mereka.”

“Saya mahu mereka kekalkan semangat di tengah-tengah keterbatasan, percayalah Allah itu Maha Baik dan Maha Hebat dalam segala jalanNya, memberikan pertolongan kepada umat-Nya yang ingin mencuba,” kata Ketua Polis Baubau itu.

Melihat pengorbanan kedua-dua anak ini dalam menuntut ilmu, Rio Takari bertindak untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka.

Beliau membeli peralatan sekolah dan memberikan motivasi serta dorongan agar kedua-duanya meneruskan pelajaran walaupun berada dalam keadaan yang penuh dengan kesukaran.

Video yang tular di TikTok:

@darno.ufatma #pubgmjinx #TrenWarnaMiranda #SultanCadburyHazelnut #Sefleksibelitu ♬ original sound – – _

Oleh sebab itu, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang kerana tidak semua diantara kita bernasib baik.

Jika kita merasakan diri kita diuji dari segi wang ringgit, maka ingatlah ada diantara kita yang lebih susah namun tidak pernah merungut dengan kehidupan malah berusaha untuk menjadi yang lebih baik.