“Merepek lah cerita melayu pun” Adegan ‘Panas’ Diana Danielle & Aiman Hakim Di Atas Katil Dikecam Netizen

Kini sudah menjadi kebiasaan penerbit di Malaysia yang mengadaptasikan sesebuah drama daripada novel ataupun drama dari Korea Selatan. Pemilihan pelakon juga bukan mudah jika ingin merealisasikan sebuah drama seperti yang diinginkan.

Seperti yang sering kita lihat di Media sosial, rata-rata pelakon Malaysia beragama Islam sering terpalit kontroversi berkaitan adegan dan watak yang dipilih dimana dikatakan tidak menjaga batas.

Sama juga seperti drama She Was Pretty yang diadaptasikan dari drama Korea Selatan ini. Sudah 2 bulan tayangan, namun baru-baru ini tular dengan babak Aiman Hakim Ridza dan Diana  Danielle yang berada di atas katil sambil berpelukan mendapat kritikan oleh penonton.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh @bakarburn22 di laman TikTok , menunjukkan babak-babak romantis pelakon terbabit dengan kapsyen yang seakan-akan tidak menyukai adegan itu.

Pengguna itu juga meletakkan kapsyen yang membandingkan dengan drama Zul Ariffin yang sebelum ini pernah dikecam teruk oleh netizen di media sosial.

“Kalau Zul Ariffin berlakon drama ni mesti ramai dah kutuk dia… Aiman hakim yg dah berbini sedap peluk dgn isteri org dlm drama ni… Apa nak jadi dgn drama sekarang? Kalau tak peluk tak popular drama tu??” tulisnya di ruangan kapsyen.

Babak tersebut membuatkan netizen berasa kurang senang kerana masing-masing sudah bergelar suami isteri malah sudah mempunyai anak. Difahamkan, ada yang merasakan drama tersebut itu lebih terbuka untuk ditayang secara ‘online’ berbanding di kaca TV, dimana peraturan mereka lebih ketat.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pengguna tersebut. Ada juga yang membandingkan drama She Was Pretty ini dengan drama-drama lain yang tidak mempunyai babak sentuhan. Malah, ada juga yang menganggap drama melayu ‘merepek’ kerana bersungguh-sungguh ingin meniru babak Korea Selatan.

Antara komen warganet:

“Drama risik pada hati tak ada pun peluk peluk..”


“Bukan dari dulu ke drama macam ni?”

“Ala drama melayu pun dulu sama je…”

“Merepek lah cite melayu pun..”

Video yang tular di laman Tiktok:

@bakarburn22 Kalau Zul Ariffin berlakon drama ni mesti ramai dah kutuk dia… Aiman hakim yg dah berbini sedap peluk dgn isteri org dlm drama ni… Apa nak jadi dgn drama sekarang? Kalau tak peluk tak popular drama tu?? #aimanhakimridza #aimanhakim #dianadanielle #shewaspretty #shewasprettymalaysia #shewasprettymy #faridkamil #zahirahmacwilson #fattahamin #fattahamin #fazura #neelofa #fyp #viralvideo #dramamelayu #viral #tiktok ♬ original sound – Woods