Hadiah Tanah Lot Banglo Masih Belum Diterima, Aishah Ambil Tindakan Mahkamah

Penyanyi bertaraf lagenda, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah penyanyi yang terkenal dengan lagu  “Janji Manismu” ini mengakui terpaksa melupakan hasrat untuk berehat seketika selepas menyelesaikan konsert solonya, Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP)

Meskipun pernah dijangkiti COV19 dalam tempoh lima bulan hingga 20 peratus paru-parunya rosak, dia mengaku berasa gementar untuk memikirkan aksi yang bakal dipamerkan di hadapan peminat-peminatnya.

Sebelum ini, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan.

Tidak mahu membiarkan dirinya sebagai penggiat seni terus dianiaya, baru-baru ini dia telah mengambil tindakan mahkamah ke atas penaja tersebut untuk menuntut hak yang telah dijanjikan.


Menerusi pautan yang dimuat naik oleh Aishah di laman Instagramnnya dia mengakui terpaksa mengorbankan waktu rehatnya untuk ke mahkamah telah mencuri tumpuan ramai.

Difahamkan, dia terpaksa ke mahkamah untuk menuntut hadiah yang dimenangi olehnya sewaktu memenangi rancangan Gegar Vaganza musim ke 4 beberapa tahun yang lalu. Aishah sepatutnya menerima sebidang tanah lot banglo sebaik sahaja dia dinobatkan sebagai juara program berkenaan.

“My moment of glory,a dream came true. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya I boleh berehat seketika tetapi malangnya bermula pagi esok I terpaksa ke mahkamah utk kes tuntutan hadiah tanah GV4” jelasnya.

 

Sudah lima tahun berlalu, kes tuntutan hadiah masih lagi belum diselesaikan. Tambahnya, dia hanya menuntut hak seperti yang telah dijanjikan oleh penaja.

“Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji utk beri hadiah tunaikanlah saja, kalau tak , elok jangan mimpi nak jadi penaja. Berapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yg terbaik. I hanya menuntut hak I yg telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni “. ujarnya lagi di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar urusannya yang ingin menuntut hadiah itu dapat diselesaikan secepat mungkin. Dalam masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan tindakan penaja terbabit.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Moga dipermudahkan sis. Ni baru janji manismu. Fight sampai menang. Kami doakan ”


“I thought dah selesai… belum rupanya… all the best..”

“First time dengar. Pemenang kena fight untuk haknya. Ini lah dunia akhir zaman cakap tak serupa bikin..”

“Allahuakbar.. tak settle-settle lagi rupanya..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)