Connect with us

Viral

“Menggigil tangan adik tu..” Wanita Beri RM200 Borong Semua Kuih Jualan, Tindakannya Buat Ramai Sebak

Demi mencari rezeki bagi kelangsungan hidup, setiap insan berhempas pulas bekerja siang mahupun malam demi mencari sesuap nasi. Pelbagai onak duri dan cabaran harus ditempuh dalam usaha mencari rezeki yang halal.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini, yang mengisahkan mengenai dua orang adik beradik yang sedang menjual kuih.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @fnabihaa, dia dikatakan baru sahaja selesai membeli waffle daripada sebuah kedai yang berhampiran tiba-tiba terlihat sepasang adik beradik sedang menjual kuih.

“Dalam bakul kuih ada banyak lagi, tapi jam dah pukul 9:30” tulis Nabiha di dalam video tersebut.

Difahamkan sebelumnya, Nabiha telah memberikan sekeping not RM 5 kepada adik beradik ini.

Akan tetapi semasa dia sedang menunggu makanannya di food court, dia tidak sampai hati melihat mereka di sana.

Oleh itu, Nabiha terus berpatah balik ke arah mereka dan mengajak mereka untuk makan bersama-sama.

Namun begitu, pelawaan Nabiha ditolak secara baik kerana mereka harus menghabiskan jualan mereka dahulu barulah boleh makan.

Nabiha menyoal mengenai bilangan kuih yang masih tinggal dan dia pun terus memborong semua kuih yang masih tinggal.

Walaupun jumlah keseluruhannya RM120.50, tetapi Nabiha memberikan sejumlah wang sebanyak RM 200 kepada adik beradik ini.

“Betul ke ni RM 200 ?” soal salah seorang daripada mereka sambil tangannya menggigil seakan rasa tidak percaya.

Nabiha memesan agar ambil sahaja baki duitnya itu, dan baki duit tersebut boleh juga digunakan buat membayar tambang Grab balik ke rumah nanti.

Apa yang lebih menyayat hati Nabiha, mereka hanya mahu makan makanan yang murah-murah sahaja apabila ditanya mengenai apa yang mereka mahu makan.

Nabiha terus mengajak mereka makan bersama di food court dan sepasang adik beradik ini kelihatan sangat gembira kerana berjaya menghabiskan hasil jualan ibunya itu.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Nabiha kerana membantu adik beradik ini serta menitipkan doa agar sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

Antara komen netizen:

“Thank u sis sebab belanja diorang makan! Youre doing a good dead, i hope god repays u <3"


“Allahuakhbar.. aku xle tgk cmni..hati jadi sebak.. smoga sis yg tolong adik tu dmurahkn rezeki selalu aamiin”

Video yang tular:

@fnabihaa Korang kalau jumpa adik ni tolong la dia tau 🥺 walaupun tak mampu beli banyak, atlest huluran sedikit pun takpa 🥺 sedih sangat tak tahu kenapa. Allah hadirkan adik ni mesti ada sebab 🥺 #lotuscheras #lotuscherastamanmidah #kuih #fyp ♬ Menghitung Hari – Jaya Suprana

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)