“Baru nak buka step..” Aksi Lelaki Aneh Buat Isyarat Pelik, Selamba Berjalan Di Tengah Jalan Akhirnya Dicekup Pihak Polis

Setiap hari ada sahaja kes-kes yang aneh berlaku di serata dunia. Oleh hal demikian, pihak yang berkaitan haruslah memainkan peranan masing-masing agar memastikan perkara tersebut tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap orang awam.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, sebuah video rakaman tular yang memaparkan seorang lelaki berjalan di tengah-tengah jalan raya.

Apa yang peliknya ialah lelaki tersebut berjalan di tengah jalan sambil melakukan isyarat tangan yang aneh sehingga mengganggu penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Antara isyarat tangan yang sempat dirakam ialah bentuk ‘H’ dibuat olehnya sambil berjalan selamba di atas jalan raya.

Menurut beberapa netizen, belum sempat ‘buka buah’ sudah dicekup pula.

Hal ini disebabkan menerusi video rakaman yang dimuat naik di laman TikTok @gemoksteady, aksi lelaki aneh itu akhirnya dapat dihentikan jua apabila sebuah kereta polis berhenti di bahu jalan tersebut.

Kemudian, anggota polis pun menahan lelaki tersebut bagi menghentikan aksi-aksi anehnya lalu dibawa ke balai.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 2.6M tontonan, 104.8K tanda suka dan 1276 komen di platform TikTok itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat aneh lelaki tersebut dan turut memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi tersebut.

Ada juga netizen yang tertanya-tanya akan perbuatan aneh lelaki itu.

Antara komen netizen:

“Dia tgh bukak pintu ke alam lain tu. Xsempat terbukak dah kna masuk pintu balai polis plak. 😂”


“Alangkah indah kita berdoa agar ia smbuh sdia kala dan shat” sllu dri kita berkata yg tidak bkn”😌”

“patut la jln raya mcm aku kenal..aku prnah nmpk pakcik ni time kerja kat chaah.dlm hati kesian pakcik ni.pe la nasib dia.”

“kesian😁😁baru nak buka step,terus kena tangkap”

“tak rilek siak dia baru nak terapung terbang laju tu da kena ngapp”

“😂😂😂 salah buka buah tu. dia buka buah nenas.. dtg plak buah durian mmg kena cekop lerrr…”

Video TikTok yang tular:

@gemoksteady ilmu bukak buah menjadi dan terus kena tangkap #foryoupage #fypシ #healing ♬ original sound – zzack🍁