Mengalir Air Mata Ketika Diberi Sedekah, Keadaan Pakcik & Anak OKU Buat Ramai Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah menyayat hati yang tular baru-baru ini dimana seorang pakcik bersama anaknya duduk di hadapan kedai pada waktu malam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @NanaRais, difahamkan anaknya yang memakai songkok itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang sedang duduk di hadapan kedai 7Eleven di Sungai Buloh.

Lebih menyedihkan, pakcik tersebut akan mendoakan orang yang bersedekah kepadanya sehingga mengalir airmata kerana mengsyukuri sumbangan yang diberi.

“Ya Allah kesian pakcik dengan anak dia (OKU) malam2 macam ni masih ada di luar.. entah ada tempat berteduh ke tidak..”

“Lokasi di 7 Eleven Sungai Buloh.. tiap kali ada yang bersedekah pakcik ni akan mendoakan sampai mengalir airmata”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat mereka yang masih meminta belas ehsan orang ramai pada malam hari disaat orang lain nyenyak tidur di atas tilam yang empuk.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mengenali dan pernah berjumpa dengan pakcik tersebut malah mereka bersyukur akhirnya pakcik ini diviralkan agar lebih ramai yang dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Antara komen warga maya:

“kau tahu aku rasa gagal jadi manusia bila tak dapat bantu apa yang patut”

“betul, bila bagi sedekah kat pakcik ni, dorang anak beranak akan tadah tangan doakan”


“yes betul kalau ada orang sedekah kat pak cik tu berdoa sampai mengalir air mata dia”

“entah pergi mana duit zakat.. tolonglah bagi kat orang susah”

“Video kejap macam ni pun buat aku menangis”

Video yang tular di laman TikTok:

@nanarais94 tolong viralkan rakyat malaysia.. sy hanya membantu yg termampu #viral #rakyatmalaysiabersatu #rakyatmalaysia #pakcikdananakoku ♬ original sound – ki