‘‘Men are not trash!..’’ Lagu ‘Teman’ Iman Troye Cecah 2 Juta Views Dalam 9 Hari di Youtube

Hanya dalam masa 9 hari, muzik video lagu Teman, nyanyian Iman Troye sudah pun mencecah 2 juta tontonan di YouTube.

Ia dianggap satu pencapaian luar biasa, lagi-lagi buat bintang baru seperti Iman. Malah, lagu Teman kini juga sering menjadi siulan ramai.

Lebih membanggakan, lagu Teman bukan sahaja melekat di hati peminat, malah ramai juga barisan selebriti tanah air yang membuat cover daripada lagu tersebut. Fuyoo!

Pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18, merupakan anak bongsu daripada tiga orang beradik. Namanya mula menjadi sebutan selepas menyertai satu pertandingan nyanyian di TV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@imantroye) on

Pada usianya yang masih muda, Iman kini perlu mengimbangkan antara kerjaya dengan akademik. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@imantroye) on

Menjengah ke ruangan komen di YouTube, rata-rata memuji lagu nyanyian Iman dan terhibur dengan rentak lagu tersebut.

Music Video Teman – Iman Troye

Walau bagaimanapun, Iman yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ini perlu akur apabila tidak semua yang menyukai kemunculannya itu.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan. Kalau dilayan, memang boleh buat diri ‘down’. Cuma, apa saya lakukan adalah membaca komen itu dan ambil ia dari sudut positif.

“Saya perlu baca untuk memajukan dan memperbaiki diri sendiri kecuali jika komen itu tidak ada kaitan dengan lagu atau nyanyian, saya memang tak layan. Malah, kebanyakan komen dan mesej peribadi (DM) di Instagram saya balas. Saya sangat menghargai setiap kata-kata semangat yang diberikan,” katanya.

Bagi Iman yang pernah menyertai program I Can See Your Voice tahun lalu, keputusan melangkah secara serius dalam bidang nyanyian membuktikan dirinya juga sudah bersedia berdepan dengan segala cabaran yang lebih besar.

“Apabila saya masuk industri muzik, ini bermakna saya bersedia untuk apa saja cabaran dan kemungkinan yang mendatang. Sebab saya suka belajar perkara baharu.

“Cuma, tidak dinafikan ada sedikit perasaan takut. Bukan apa, kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Saya takut perkara buruk dalam hidup. Contohnya, orang tidak boleh terima nyanyian, lagu yang dikeluarkan dan diri saya,” katanya.

Namun, Iman bertuah apabila mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa dan keluarga. Itu menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

“Pembakar semangat saya sudah semestinya keluarga, syarikat rakaman dan peminat. Selain itu, saya menjadikan perjalanan hidup dan kerjaya beberapa penyanyi terkenal lain sebagai rujukan untuk memajukan diri.

“Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Siti Sarah dan Liza Hanim. Saya mengikuti kisah mereka dari awal sampai sekarang. Dari situ saya belajar banyak perkara bagi mendapatkan semangat.

“Lagipun, saya dibesarkan dengan lagu-lagu mereka. Keluarga pula memang suka mendengar lagu-lagu lama. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi minat saya. Kalau ditanya atau diminta menyanyikan lagu lama, saya boleh,”