“Member blur..” Siap Tempah Geng Kompang, Cara Unik Rakan Sambut Birthday Lelaki Ini Buat Ramai Berdekah!

Bila sebut tentang hari lahir, pasti ada sahaja prank yang hendak dilakukan oleh kawan-kawan. Apatah lagi mereka sejenis yang ‘masuk air’. Tentunya, prank yang dilakukan di ‘luar kotak’.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana cara unik sekumpulan pemuda Chinese ini menyambut hari jadi rakannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan sekumpulan pemuda Cina sedang berada di sebuah kafe untuk lepak dan menyambut hari jadi kawannya.

Namun apa yang mengundang dekah ramai adalah, rakan-rakannya siap menempah geng kompang untuk meraikan ulang tahun lelaki tersebut.

Dia yang terkejut hanya dapat ketawa kerana malu dengan perkara tersebut bahkan rakan-rakannya juga sempat mengusiknya apatah lagi bila dia kelihatan ‘blur’ dengan apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka dimana diraikan dengan cara yang unik ketika hari ulang tahun.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: