Hanya Bergantung Sebelah Kaki, Aksi Lelaki Bermain Bola Sepak Buat Netizen ‘Salute’!

Jalan cerita seseorang berbeza-beza malah ujian dalam hidup juga tidak sama. Ada yang terlahir sempurna, ada yang diuji kelainan upaya.

Iospital phone repair gombak

Namun, ianya bukanlah satu penghalang untuk kita hidup seperti orang lain dan melakukan aktiviti seharian ataupun hobi.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang lelaki sedang bermain bola sepak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @youtube_zyrik, dapat kita lihat sekumpulan lelaki sedang bermain bola sepak di sebuah padang.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah salah seorang daripada mereka bermain bola hanya menggunakan sebelah kaki sahaja.

Walaupun lelaki tersebut u tidak sempurna dari segi fizikalnya dan hanya memiliki sebelah kaki sahaja namun ia bukan penghalang untuk dia membuat sesuatu yang diminati.


Semangatnya itu dipuji netizen kerana ianya bukan mudah untuk bermain bola hanya dengan sebelah kaki.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat yang ada dalam diri lelaki tersebut dan ada juga yang beranggapan mungkin dahulu lelaki itu merupakan seorang pemain yang handal.

“Respect! Tak semua orang mampu buat macam brother ni” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menjadikan video tersebut sebagai satu pembakar semangat malah menyifatkan lelaki tersebut menggunakan kelemahannya sebagai kekuatan.

Antara komen warga maya:

“Respect gila.. usaha tetap ada.. kita yang sempurna pun masih tak ada usaha untuk baiki sesuatu..”

“Walaupun kita mempunyai kekurangan ingat senyum adalah menutupi kekurangan”

 


“I am sure if he countinues like this he will reach the best level in football”

 

“Saya share video ni ke anak2 saya ya.. you so inspired”

“Dia boleh, takkan aku tak boleh..”


Video yang tular di laman TikTok:

@tiktok_zyrik YT_zyrik#efootball #pes23 ♬ original sound – ZYRiK