“Melawat hukum alam ni” Tindakan Lelaki Kejar Biawak Sehingga Tak Cukup Tanah Buat Netizen Berdekah!

Seperti yang kita tahu, pelbagai jenis reptilia sering muncul apabila bekerja di kawasan petanian. Kadang kala, haiwan ini juga mampu bertindak agresif sebagai cara untuk melindungi diri mereka sendiri.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, lain pula dengan apa yang terjadi kepada seorang pekebun lelaki ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @shahbarudin1406, kelihatan pekebun lelaki itu tanpa berfikir panjang dia terus bertindak mengejar seekor biawak di sebuah kawasan petanian yang dijadikan sebagai tempat bekerjanya.

Bukan biawak yang kejar orang, malah sebaliknya pula yang berlaku kepada pekebun lelaki ini!

Apa yang membuatkan video tersebut berjaya mencuri perhatian ramai apabila biawak itu sebenarnya sedang ‘relax’ duduk berendam di dalam air sungai kecil di situ.

Akan tetapi tidak semena-mena lelaki itu terus mengejar biawak itu sambil mengeluarkan bunyi ‘buas’ buatkan netizen berasa geli hati.

Dapat dilihat biawak itu lari begitu laju, sampaikan macam tak cukup tanah ia melarikan dirinya.

Difahamkan, video tersebut tular sehingga ke negara Thailand, China dan juga Indonesia, menurut si pekebun itu.

“Mula2 Malaysia, Ke Thailand, To China N Sekarang Masuk Indonesia Dah.” tulisnya di ruangan komen.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok ini telah meraih sebanyak 11.5M tontonan, 630.2K tanda suka, dan 13.3K komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi pekebun lelaki itu yang selamba sahaja mengejar biawak tersebut tanpa rasa takut.

Ada juga netizen yang sempat berseloroh mengenai situasi tersebut.

Antara komen netizen:

“hahaa terbaik bang kejar sampai dapat bang 😂😂😂”


“melawan hukum alam ni.. haha.. biawak pon pening.. siapa ptut kjar siapa”

“Biawak : salah gua apaan anj, gua cuman renang doang ini ngt”

“Dalam hati biawak, demi Allah tidak bakal lagi lewat sini😭”

“eh kok lambat ya biawak di tempat lu,,gw pernah kejer biawak di samping rumah kencengg njeerr 🤣🤣”

Video TikTok yang tular:

@shahbarudin1406

Biawak @ Lauk Mu

♬ Pawana – Search