“Bonggol maut” Kereta ‘Melambung’ & Hampir Kemalangan, Bonggol Depan Unisel Ditutup Sementara

Seperti yang kita tahu, bonggol di atas jalan raya bertujuan untuk mengawal had laju pengguna jalan raya ketika memandu sekaligus untuk tujuan keselamatan. Bagaimanapun, reka bentuk bonggol haruslah bersesuaian dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana bonggol yang baru dibuat di Jalan ke Persiaran Tun Arsyad Ayub berhadapan Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam kini diarah tutup buat sementara atas langkah keselamatan.

Digelar ‘bonggol maut’, difahamkan ramai daripada pengguna jalan raya nyaria kemalangan setelah melewati bonggol berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adiehussin94, dikatakan saiz bonggol berkenaan sangat besar dan dibina tanpa jalur kuning membuatkan pengguna jalan raya tidak perasan terdapat bonggol.

Berdasarkan laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pihak bandaraya telah memuat naik status baharu berhubungan dengan isu bonggol di hadapan Unisel.

Kini, pihak MBSA menutup laluan tersebut bagi memberi ruang untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Tidak cukup dengan itu, papan tanda had laju kenderaan dan cat garisan kuning juga telah dipasang bagi langkah keselamatan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut
melihat video kereta yang seakan ‘terbang’ dan ‘melompat’ setelah melewati bonggol besar berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendedahkan pengalaman mereka dimana pernah kemalangan dek kerana bonggol yang tinggi dan juga tidak di cat dengan jalur kuning.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: